Kenapa Parti Islam AMANAH?
Oleh Ahmad Lutfi Othmn
Alhamdulillah, buku “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti” dapat disiapkan juga. Meskipun kerap terhalang kerana keuzuran dan dalam masa sama menghadapi kesukaran mengumpulkan tulisan daripada rakan-rakan wartawan, sarjana dan pemimpin AMANAH sendiri, akhirnya ia mampu dilunaskan.
AMANAH adalah sebuah parti Islam yang sering disalahtanggap, dan dilabelkan dengan bermacam-macam panggilan yang negatif. Sudah tentu kemunculannya tidak diraikan oleh Pas, malah dianggap pengkhianat yang perlu dihapuskan, dan dalam masa sama, kewujudannya juga mungkin tidak begitu dialu-alukan oleh rakan sekutu dalam pembangkang. AMANAH juga tidak mempunyai nama-nama besar dan tersohor, seperti parti-parti serpihan Umno, iaitu Semangat 46, Keadilan dan Bersatu. Ia dipandang lekeh dan diramal mempunyai hayat pendek sepertimana parti Hamim dan Berjasa.
Namun, latar belakang para pengasas parti Islam ini, berdasarkan komitmen, kegigihan dan ketulusan mereka bersama Pas dahulu, dengan kesediaan untuk membentuk wadah baru yang inklusif, peduli, terbuka, sederhana dan progresif, menjanjikan AMANAH sebagai parti masa depan yang berpengaruh dan berintegriti.
Barisan pemimpinnya yang teruji dengan rantaian tribulasi yang mematangkan, didukung para penyokong yang istiqamah, setia tetapi kritis, juga diasuh dengan adab akhlak yang baik.
AMANAH juga berpeluang untuk menjadi parti Islam yang lebih berintegriti apabila ia mampu menimba iktibar daripada jatuh-bangunnya Pas dan memanfaatkan pengalaman lama dalam eksperimen berpolitik parti-parti pembangkang. Ia berusaha keras dan diiktiraf sebagai tenaga pemersatu oposisi, walaupun terpaksa banyak berkorban demi cita-cita luhur membebaskan tanahair daripada cengkaman Umno-BN.
Sungguh, kejujuran dan ketulusan pemimpinnya menyerlah, terutama bagi menentukan agenda perubahan dan pembaharuan yang didamba rakyat dapat dicapai.
Supaya buku ini mampu menawarkan maklumat dan sudut pandang yang bermanfaat kepada pembaca, saya mengatur siri wawancara dengan pelbagai lapis kepemimpinan, bagi mendengar sendiri idea, tanggapan dan wawasan mereka. Soalan dilontarkan mungkin ada yang berulang tetapi dijawab oleh pemimpin berbeda dengan penekanan berlainan. Bukan sahaja untuk mematahkan tohmahan dan menyanggah usaha terancang memperkecilkan AMANAH, tetapi juga bertujuan mendedahkan misi dan visi besar parti Islam berdepan cabaran masa depan yang lebih rumit.
AMANAH bukan sekadar mencari pengaruh dan kuasa, tetapi berperanan besar membawa misi
islah dan tajdid, meneroka makna sebenar progresif dan kesederhanaan, dengan Islam sebagai
Rahmatan Lil Alamin. Ya, tidak mudah menggerakkan pemikiran progresif di kalangan masyarakat yang umumnya konservatif.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.