Malaysia kehilangan RM416.6 bilion jika mansuh GST, tol dan PTPTN
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung kehilangan hasil negara berjumlah RM416.6 bilion jika cukai barang dan perkhidmatan (GST), tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan duti eksais dimansuhkan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau berkata, pemansuhan GST akan menyebabkan negara kehilangan RM45 bilion, manakala tol (RM338 bilion), PTPTN (RM3.9 bilion) dan duti eksais (RM2.4 bilion).
Katanya, pemansuhan itu juga akan menjadikan hutang negara semakin meningkat.
“Kita akan kehilangan RM45 bilion jika mansuhkan GST. Ia satu angka yang besar dan kami tidak memperkenalkannya begitu sahaja, (tetapi) kami telah membuat kajian selama bertahun-tahun.
“Sebanyak 160 buah negara di dunia telah melaksanakan GST. Pelbagai peratusan dikenakan, tetapi di Malaysia, kita mengambil 6% – kadar yang lebih munasabah, tidak begitu membebankan ekonomi dan rakyat,” katanya hari ini.
Irwan Serigar berkata, lebih 500 barangan asas seperti beras, gula dan sayur-sayuran tidak dikenakan GST dan sistem cukai di Malaysia itu berbeza dengan GST negara lain.
Katanya, Arab Saudi akan turut memperkenalkan GST berikutan negara itu terlalu bergantung kepada minyak dan apabila harga minyak jatuh, hasil kerajaan tidak menentu.
Sehubungan itu, katanya, Arab Saudi sedang berbincang dengan pakar dari Malaysia untuk melaksanakan GST di negara tersebut.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh melaksanakan program negara jika tidak mengutip hasil, dan apabila ekonomi berkembang, hasil meningkat dan negara dapat menanggung perbelanjaan.
Irwan Serigar turut menjelaskan terdapat 19 tol di Lembah Klang, manakala 12 tol di luar Lembah Klang, dan jika dimansuhkan secara berperingkat, kerajaan perlu menanggung RM338 bilion.
“Jika dicampur jumlah tersebut dengan hutang negara sebanyak RM686 bilion, ia akan meningkat kepada RM1 trilion, menjadikan hutang negara naik kepada 78%,” katanya sambil menambah hutang negara tidak boleh melebihi 55% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kini pada paras kira-kira 50%.
Mengenai PTPTN, Irwan Serigar berkata, kerajaan turut memberi pelepasan dengan tidak perlu membayar balik pinjaman tersebut, jika skor pelajar itu bagus dan diskaun 10 hingga 20% jika konsisten dalam membuat pembayaran balik.
Katanya, ekonomi negara berada di landasan kukuh dari segi pengurusan kewangan dan mencatatkan pertumbuhan 5.9% tahun lepas.
“Kita menjangka ekonomi berkembang antara 5 dan 5.5% tahun ini.”
Beliau berkata, kadar inflasi terkawal dan menjangka 2 hingga 3% tahun ini, manakala kadar pengangguran berada pada tahap rendah, iaitu 3.4%, selain ringgit semakin kukuh pada RM3.90 berbanding dolar Amerika.
“Kita akan kekalkan momentum ini,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.