Manifesto Bukan Dokumen Perlu Wuduk Untuk Disentuh
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Manifesto PH terbuka utk dikritik atau ditolak. Ia bukan dokumen suci yg tak boleh "disentuh tanpa wuduk". Namun begitu, sekurang-kurangnya PH berani tampil dgn komitmen mereka utk rakyat Malaysia.
2. Manifesto itu tentulah tidak mampu menjanjikan segala-galanya, tetapi sekurang-kurangnya apa yg difikir berupaya dilakukan utk menjamin keadilan, kebebasan dan kesejahteraan utk orang ramai sudah dimaktubkan.
3. Sudah tentu cabaran paling besar bukanlah menghasilkan manifesto yg tidak suci itu, tetapi mengaplikasikannya jika ditakdirkan PH menang di peringkat federal.
4. Gagasan Sejahtera (GS) juga boleh tampilkan manifesto mereka. Buatlah komitmen apa saja yg mereka mahu termasuk pelaksanaan hudud, peminggiran orang bukan Islam, galakan poligami atau apa saja.
5. Serahkan kpd orang ramai utk mengkritik manifesto GS. Jika manifesto GS dimulakan dgn ayat al-Quran dan manifesto itu dikritik, itu bukan bertujuan mengkritik firman Tuhan.
6. Dalam GS ramai bijak pandai. Ayuh, tampilkan manifesto anda. Di Kedah, MBnya kata, manifesto GS negeri itu memplagiat dokumen hasilan BN. Tak mengapa, plagiat perkara baik bukanlah salah. Teruskan saja.
7. Inilah sebahagian keistimewaan PH. Berani mendedahkan diri utk dikritik. Jika para malaikat "mengkritik" Allah dlm pemilihan Adam sebagai khalifah, apalah sangat jika tim penyedia manifesto PH dikritik.
8. Tahniah PH. Calon PM sudah, manifesto sudah, yg tinggal cuma pelancaran satu lambang saja. Langkah demi langkah ke hadapan tanpa menoleh lagi.
9. GS bila lagi?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.