Perubahan iklim: salah siapa?
Oleh Md. Asham Ahmad
FENOMENA perubahan iklim kini menjadi perbualan hangat dan banyak pihak mula menunjukkan minat untuk memberikan sumbangan buah fikiran. Kalau ditanya para pengkaji, hampir kesemua akan mengatakan bahawa punca terbesar perubahan iklim adalah aktiviti manusia.
Secara khusus yang dimaksudkan adalah pelepasan gas rumah hijau ke dalam atmosfera bumi dalam tempoh 50 tahun kebelakangan akibat daripada aktiviti pembangunan.
Umat Islam yang jumlahnya merangkumi seperempat penduduk dunia turut menunjukkan perhatian serius terhadap masalah ini. Persidangan demi persidangan telah dianjurkan untuk membincangkan masalah-masalah berbangkit bagi mencari penyelesaiannya.
Sekali lagi aktiviti manusia telah dikenal pasti sebagai puncanya. Tetapi tidak ditanyakan lebih lanjut manusia bagaimanakah yang telah menimbulkan masalah sedemikian?
Semenjak bila manusia jadi begitu? Bagaimanakah manusia itu menanggapi dirinya, peranan dan tanggungjawabnya, alam sekelilingnya serta nasib akhirnya? Bagaimanakah tanggapan itu mempengaruhi pula apa yang dia fahami sebagai pembangunan, yang kita dapati bertanggungjawab menimbulkan banyak kerosakan alam?
Kalau diamati soalan-soalan di atas kita dapati kesemuanya berkenaan dengan diri insan dan kehidupan duniawi. Faham diri insan seperti dianjurkan oleh pemikiran sekular barat itulah sebenarnya yang menguasai akal manusia moden dan model pembangunan sekular itulah selama ini menjadi ikutan seluruh manusia.
Siapakah manusia sekular itu? Iaitu manusia yang mengikat cita-cita teragung dan nasib akhirnya kepada kehidupan duniawi ini kerana itulah yang dia akui sebagai kehidupan yang hakiki. Dia menafikan ada hakikat di sebalik apa yang terzahir dari dunia dan isinya itu. Dan dia menafikan bagi insan hakikat selain dari darah dan dagingnya. Itulah secara ringkasnya tanggapan manusia terhadap hakikat dirinya dan kehidupan duniawi.
Dengan tanggapan sedemikian, bangsa-bangsa Eropah membangunkan negara mereka menjadi kuasa-kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan. Dan dengan kuasa yang mereka miliki itulah mereka mempengaruhi aliran sejarah zaman moden. Maka mereka dicemburui dan kejayaan mereka mahu dicontohi oleh bangsa-bangsa lain yang melihat dirinya jauh ketinggalan dalam skala kemajuan semasa.
Dalam keghairahan bangsa-bangsa Eropah itu mengejar pembangunan dan kemajuan itulah mereka telah mengubah segala-galanya iaitu diri dan alam sekeliling. Yang mula-mula berubah dan diubah adalah faham atau tanggapan.
Faham diri insan baharu yang mereka anjurkan itu meletakkan manusia sebagai penguasa sebenar alam ini dan tiada lagi Tuhan atau hakikat yang perlu dia takuti atau harapkan. Nasib dirinya kini berada dalam tangannya sendiri dan di dunia inilah kesudahannya. Inilah yang mereka mahu manusia yang lain juga terima sebagai ‘hakikat’.
Dan oleh kerana mereka telah membuktikan ‘kejayaan’ mereka setelah beralih kepada hakikat itu tidak sukar untuk meyakinkan orang lain untuk menerima hakikat yang sama iaitu perubahan.
Perubahan itulah hakikat, maka kalau ingin maju, syaratnya adalah bersedia untuk berubah. Kata-kata inilah yang telah didendangkan menjadi kata hikmat yang tidak dipersoalkan lagi kebenarannya.
Setiap orang berazam mahu berubah dan mengubah segala-galanya: agama, nilai, institusi, bahasa, budaya, adab, sehinggalah kepada tabiat seks dan jantina. Semua orang percaya bahawa hanya dengan perubahan yang berterusan sahaja manusia dapat bergerak ke hadapan.
Walau bagaimanapun semua itu kelihatan berubah apabila mereka berhadapan dengan fenomena perubahan iklim. Nampaknya manusia tidak mahu iklim berubah. Mereka takut iklim berubah, dan yang mereka takuti itu adalah kebinasaan yang akan menimpa mereka, walaupun kebinasaan yang mereka takuti itu adalah semata-mata bencana alam seperti ribut taufan, banjir dan kemarau.
Mereka masih tidak sedar bahawa falsafah hidup sekular yang mengisbatkan yang berubah-ubah semata-mata dan menafikan yang kekal abadi itulah menjadi punca semua masalah ini. Kerosakan alam dan iklim dunia hanyalah bayangan kepada kerosakan sebenar berlaku dalam akal dan diri insan.
Al-Quran telah memberi amaran bahawa kerosakan berlaku di daratan dan di lautan adalah angkara manusia dan manusia yang dimaksudkan itu adalah manusia yang mensyirikkan Allah. Syirik adalah kerosakan akal yang paling dahsyat kerana ia adalah penafian kepada hakikat yang amat nyata.
Apabila hakikat itu dinafikan, maka yang tinggal pada renungan insan hanyalah dirinya. Kini dirinya itulah yang menjadi hakikat teragung. Diri itulah yang dia angkat menjadi tuhan, menjadi sekutu kepada Tuhan Yang Hak. Itulah yang telah berlaku dan al-Quran mengingatkan bahawa sekiranya ada dua tuhan, nescaya langit dan bumi akan binasa.
Dua tuhan yang dimaksudkan itu adalah apabila yang palsu dipertuhankan di samping Tuhan Yang Hak. Tuhan yang palsu itu adalah tidak lain dari hawa nafsu manusia yang sentiasa mendorongnya ke arah kejahatan.
PENULIS ialah Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.