PM Najib Umum naik Taraf Lapangan Terbang : Rakyat Kedah Tak 'Kelapaq".
Oleh Mahfuz Omar
1. Kedah sememangnya memerlukan banyak bantuan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan.
Namun pengumuman PM Najib Razak untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ( LTSAH) bagi menjadikan LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA adalah bukan satu keperluan mendesak bagi rakyat negeri Kedah . Ianya lebih kepada sekadar janji palsu pilihanraya dan projek 'duit terpijak' untuk kroni PM Najib Razak menimba kekayaan mee segera.
2. Sebagai PM, Najib Razak seharusnya menggunakan akal yang waras untuk berfikir dan melaksanakan program menambah pendapatan pesawah dan penoreh getah di Kedah.
Dua golongan tersebut merupakan rakyat Kedah yang amat terdesak kedudukan ekonomi mereka akibat daripada Najibnomics.
Tekanan GST dan penarikan balik subsidi menjadi punca golongan tersebut merana dalam kehidupan seharian mereka masa kini.
3. Di samping itu, PM Najib Razak seharusnya berfikir dan mengeluarkan buah fikiran untuk kerajaan negeri Kedah mengurus masa depan lambakan anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan mereka keperingkat diploma atau ijazah .
Menaiktaraf LTSAH sebagai lapangan terbang antarabangsa tidak dapat membantu anak muda dari golongan itu. Amat wajar sekiranya ditambahkan lagi pusat pendidikan vokasional dalam pelbagai jurusan samada dalam bidang pertanian,kejuruteraan,masakan dan sebagainya atau membiayai biasiswa dalam tempoh pengajian mereka yang mana biasiswa tersebut BUKAN seperti pinjaman ceti ala PTPTN.
4. Utara Semenanjung Malaysia telah memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang. Langkawi dan Pulau Pinang adalah lebih strategik untuk keseluruhan utara Semenanjung Malaysia serta sudah cukup memadai untuk zon utara Malaysia.
Tiada keperluan untuk menjadikan LTSAH sebagai lapangan terbang antarabangsa semata-mata hanya sekadar untuk penerbangan musim haji yang berlaku setahun sekali.
Tanpa menaik taraf LTSAH sebagai lapangan antarabangsa,penerbangan haji setiap tahun kebelakangan dan terkini pada tahun 2017, ianya tetap boleh terbang dari Alor Setar terus ke Jeddah dan Madinah.Rakyat Kedah bijak berfikir serta menilai dan PM Najib Razak tidak perlu mendendangkan irama lapuk sebagai janji pilihanraya sebagai mana janji untuk membina hospital Pendang.
5. Cadangan PM Najib Razak untuk menaik taraf LTSAH adalah momokan kosong akibat 'politik panik' .
PM Najib Razak tidak dapat sembunyi kepanikan UmnoBN terutama di Kedah kerana beliau dapat melihat gelombang kebangkitan rakyat Kedah yang akan humban UmnoBN pada PRU14 nanti. PM Najib Razak sudah terjerat dengan skandal salah urus tadbir hasil 'tangan kotor' pemimpin UmnoBN yang menjijikan serta menyedari bahawa rakyat Kedah sudah tahu pembohongan UmnoBN selama ini.
6. Rakyat Kedah tak 'kelapaq' lapangan terbang antarabangsa sebaliknya terus bertekad mahukan penghapusan GST,harga minyak yang setabil serta subsidi harga barang yang dapat meringankan kos sara hidup.
Petani padi tidak mahu melihat pertunjukan 'otak singkat' PM Najib Razak kerana semua petani padi di Kedah mengharapkan kos mengusahakan tanaman pada harga yang murah.Rakyat nakkan lebihan 'pendapatan boleh guna' yang tinggal dalam poket rakyat, bukannya angka dan terma ekonomi yang tidak dapat mengenyangkan perut rakyat.
Rakyat Kedah sudah bertekad merubah masa depan bersama Pakatan Harapan.
DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Kuala Lumpur
12 Mac 2018/24 Jamadilakhir 1439H
11:10 AM

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.