Serangan isu air makan diri Najib, masalah air Pahang lagi teruk
Dalih Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengelak dari menjawab soalan mengenai 1MDB dengan menyerang
kerajaan Selangor ekoran isu gangguan air akhirnya memakan diri
sendiri.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji berkata, sebelum Najib menyalahkan kerajaan Selangor, beliau sepatutnya meluangkan masa meninjau keadaan bekalan air di Pahang, negeri kelahirannya.
“Di Pahang masalah air berlaku tiap-tiap hari. Bukannya dua tiga hari disebabkan saluran paip lama yang ada sudah melebihi 20 tahun,” katanya
Menurutnya, masalah bekalan air di Pahang bukan hanya berlaku di kawasan pinggir bandar atau bandar sahaja tetapi juga di perkampungan masyarakat Orang Asli seluruh Pahang.
Masalah air di Pahang jelas Tengku Zul boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu masalah air permukaan (seperti bahagian muka sauk) tempat sedutan air di loji yang tidak cekap kerana cetek akibat musim kemarau; dan isu mekanikal saluran yang tidak lagi mampu menampung bekalan air yang ada.
Lebih memburukkan keadaan, Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) gagal mengambil kira pembangunan setempat dalam perancangan bekalan air mereka sehingga menyebabkan bekalan air tidak mencukupi.
Selain dilihat gagal merancang sistem bekalan air dengan baik, kerajaan BN Pahang juga kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab itu menanggung beban hutang yang tinggi melebihi RM3 bilion.
“RM2 billion daripada hutang-hutang ini adalah bersangkutan dengan masalah air,” kata beliau.
Selain itu, oleh kerana gangguan bekalan air sudah menjadi kelaziman di Pahang, ia menyebabkan sebahagian syarikat pemaju perumahan menawarkan rumah yang dilengkapi dengan pam air khas di kawasan tertentu.
“Apa yg boleh saya nyatakan di sini bahawa Datuk Seri Najib sebenarnya gagal di negeri sendiri,apatah lagi Malaysia.
“Beliau sepatutnya menyediakan satu dasar yang eksklusif dan ke hadapan bagi menyediakan keperluan asas seperti air untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.