Tarikh bebas Anwar boleh diubah, kata Zahid
KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini mengesahkan pemimpin pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun, iaitu
tarikh ditetapkan Jabatan Penjara.
Dalam jawapan bertulis kepada Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata tarikh pembebasan itu berdasarkan Akta Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000, yang membolehkan Anwar dibebaskan lebih awal selepas remitan 1/3 daripada tempoh hukuman.
Tetapi Zahid berkata tarikh itu boleh diubah.
“Bagaimanapun, hukuman dan tarikh pembebasan banduan boleh berubah jika banduan melakukan kesalahan tata tertib penjara, menyebabkan pelucuthakan remitan bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” kata Zahid dalam jawapan bertulis itu.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan berhubung kesalahan dituduh meliwat meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Pada 7 Januari lepas, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Anwar akan selesai menjalani hukuman penjara 5 tahun pada 8 Jun 2018, berdasarkan Seksyen 44 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43(1)(a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun 2018 yang jatuh pada Ahad, jadi beliau boleh dibebaskan pada 8 Jun 2018 iaitu hari bekerja.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.