Wang rakyat RM27 juta dibazirkan Kerajaan BN
Oleh SAZALI MOHD NOOR
KEMAMAN: Pelaburan wang rakyat sebanyak RM27 juta membeli ‘Strawberry Park Resort’ kira-kira 8 tahun yang lalu bukan sahaja tidak membawa pulangan, bahkan sudah menjadi pembaziran.
Tapak pusat percutian yang terletak di Teluk Senajang, Mukim Kijal itu sehingga kini tidak diuruskan dan masih terbiar serta ditumbuhi semak samun.
Pengarah MTD Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, wang Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), satu tabung khusus untuk masa hadapan anak-anak negeri telah dipersiakan.
“Ini adalah satu pembaziran yang sangat ketara. Ke mana perginya duit rakyat (tabung amanah) RM 27 juta?
“Dulu kawasan ini meriah dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan tetapi lihat pada hari ini apa yang berlaku?" pertikainya.
Premis tersebut pernah didakwa oleh Kerajaan Umno-BN, akan djadikan sebuah Institut Jantung bagi negeri Terengganu oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada 5 Januari 2010.
”Agensi Bernama melaporkan Ahmad Said berkata, kerja-kerja mengubahsuai akan dijalankan segera.
“Agensi berita yang sama pada 10 Julai 2010 turut melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun 2011 sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan selesai.
"Ia jelas kroni, satu demi satu projek melibatkan jutaan duit rakyat dibazirkan oleh Kerajaan Umno-BN Terengganu. Sepatutnya disalurkan kepada rakyat, banyak lagi rumah yang bocor dan tiada tempat kediaman.
“Tetapi kerajaan Umno-BN melaburkan duit berpuluh-puluh juta untuk projek yang membazir akibat tidak amanah dalam pengurusan dan pentadbiran,” jelasnya.
Bangunan resort itu, kata beliau, dahulunya disewa oleh para pengunjung dan pelancong-pelancong tempatan dan luar negeri, tetapi kini keadaannya 'menakutkan'.
Oleh itu, Ketua Penerangan PAS Kemaman itu menggesa agar Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kedudukan perkara tersebut.
”MB (Ahmad Razif) berkata, "Terengganu Molek Doh". Jadi kita mahu beliau jelaskan (kepada rakyat) apakah peranan dan perancangan seterusnya daripada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan ini.
“Mungkin pada pihak kerajaan Umno-BN berasa kecil tapi kami (rakyat) amat terasa terlalu besar RM 27 juta itu duit kita (semua).
“Ini duit kami, ini hak kami, kami tak reda, kami tak rela, pembaziran seumpama ini dilakukan oleh pemerintah pada hari ini,” tegas beliau lagi

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.