SPR tunggu notis bubar Parlimen sebelum pilih tarikh PRU14
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat
khas bagi menetapkan tarikh penting pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
setelah menerima notis rasmi pembubaran daripada speaker Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, selepas menerima notis itu, pihaknya mempunyai 10 hari untuk mengadakan mesyuarat khas tersebut.
Katanya, mesyuarat itu akan menentukan tarikh penting PRU14 seperti tarikh keluar writ, penamaan calon, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis serta tarikh mengundi.
“Selagi kita tidak terima notis daripada speaker Dewan Rakyat, kita tunggu sahaja. Mungkin dalam sehari dua ini,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen esok bagi memberi laluan kepada PRU14.
Hashim tidak menolak kemungkinan SPR akan mengadakan mesyuarat khas itu minggu depan dan membuat pengumuman tarikh penting PRU14, sebaik sahaja selesai mesyuarat khas itu kelak.
Menurutnya, seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu menjalankan pilihan raya umum dalam 60 hari selepas tarikh pembubaran Dewan Rakyat.
Ditanya mengenai mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp mengenai tarikh penting PRU14, beliau berkata, mesej itu tidak benar kerana SPR belum mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh tersebut.
“Mesej ini dari tahun lepas lagi sudah keluar. Saya sendiri pun tidak tahu bila perdana menteri umumkan (pembubaran Dewan Rakyat sebelum ini).”
Dalam pada itu, Hashim berkata, daftar pemilih suku ke-4 2017 yang mengandungi 14,968,304 pemilih berdaftar akan digunakan untuk PRU14.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.