https://critoxium.com/shop/

Terkini

Menteri macam ni kita kena sokong

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Pagi ini baca dalam kumpulan whatsap Pro Pakatan Harapan akan kisah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pn Zuraidan Kamaruddin dari mula dia naik kapal terbang, macam orang biasa sahaja dan kemudian sampai ke distinasi melawat perumahan terbengkalai di Jawi, Pulau Pinang.

Saya komen dengan ucap tahniah ini macam punya Menteri merakyatkan diri kena sokong.
Saya ada pengalaman masa jadi Setiausaha Barisan Nasional Bdr Tun Razak, dua orang rakyat minta saya menyokong masalah mereka dengan Kerajaan Selangor yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Saya tulis dua surat sokongan kepada kepada Menteri Besar, Azmin Ali. Dalam masa satu minggu saya dapat jawabpan dari SuSk Menteri Besar surat itu sudah diterima dan dipanjang kepada Jabatan yang berkenaan, satu ke Pejabat Daerah kerana isu tanah, satu ke pejabat Perbandaran Subang isu lesen penjaja .

 Dalam satu bulan, kedua mereka datang ke pejabat saya, memberi tahu terima kasih, kerana sudah selesai. Maknanya MB Azmin Ali membantu rakyat tanpa mengira pegangan politiknya.

Tetapi jika saya tulis surat kepada pejabat Menteri UMNO/BN memakai kepala surat UMNO/BN Jika dia balas sudah terima surat itu, kira bernasib baik. Dengan ada berbelas pegawai khasnya dia, tak tahu apa dia buat. Tidak mahu Jawab surat terima mungkin kerana tidak masyukkkkk, melainkan surat korporat.

Saya pernah menulis surat kepada Menteri Pertahanan, Hishammudin Hussein@Hishamuddih Kris memberi sokongan kepada seorang tentera yang hendak berpindah. Sampai BN kalah surat tidak berjawab. Itu zaman dia berkuasa. Pun tak pedulikan surat UMNO/BN, maka dia sembang lebih sahaja hari ini.

Cuba perhatikan sudah dua minggu saya membalun Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamalludin. Ada dia suruh orang call atau dia sendiri talipon? Jawabnya tidak.. saya bukan kaki pau.. saya kaki berjuang dalam UMNO. Jika saya #salambaliktiang, saya tidak mampu menyara anak saya belajar di IPTS di Taylor Universiti.. belajar bahasa Korea tiga bulan di Seoul. Kerana dua ekor mamat ini jenis 'bodoh sombong' Di ajar tidak mahu. cerdik tak boleh ikut.

Saya telah membuktikan, Dalam bulan puasa, jam 10.30 pagi. Saya ajak ahli-ahli UMNO saya bermesyuarat Tahunan.. seramai 103 orang hadir tanpa disuruh dan di upah. Kenapa mereka hadir? kerana lima tahun yang lalu saya berkerja untuk mereka. Bila kita berkerja dan melayan kerenah mereka, ahli akan ikut sama dengan kita.

Maka itu sebab saya kata, jika UMNO mahu UMNO di selamatkan.. dua ekor mamat ini kena diterajang dulu dalam hariki kepimpinan UMNO.

Seperkara lagi.. Apa bodohnya Pengurusan UMNO.. masih menyebut Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'yang menjalankan tugas Presiden UMNO'.. Bukankah Perlembagaan UMNO dengan jelas menyebut.. Jika Presiden berhenti, Timbalan Presiden memangku. Jika kedua berhenti atau di berhentikan maka salah seorang Naib Presiden akan memangku.

Sepatutnya Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipanggil atau disebut Pemangku Presiden UMNO.

Bandar Sri Permaisuri.
Mei 28, 2018.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.