https://critoxium.com/shop/

Terkini

Timbang Semula Penglibatan MB Dalam KFA

Oleh Ridzwan Bin Abu Bakar

KFA memerlukan reformasi menyeluruh seperti juga kerajaan negeri Kedah. Dan urusan kerja reformasi ini memerlukan ketekunan dan kerja kuat MB dan ahli eksekutif kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan daripada mula telah mencadangkan malah disenaraikan di dalam manifesto agar penglibatan ahli politik dalam badan induk bola sepak negeri kedah itu dinilai semula.

 Hal ini merujuk kepada satu kepada 1 laporan media yang dipapar di Sinar Harian 27 Mei 2018 atas tajuk *Mukhriz Setuju Sandang Jawatan Presiden KFA* 

KFA bukan sahaja perlukan presiden yang bebas daripada urusan politik, malah ia perlu diserahkan kepada ahli sukan yang mahir dan ahli peniagaan yang mampu mengurus kewangan sebuah organisasi dengan baik.

Semua ini adalah sebahagian semangat reform yang dipacu oleh Pakatan Harapan bukan sahaja dalam isu pengasingan kuasa, malah dalam memberi contoh yang terbaik sebagai sebuah kerajaan baru di negeri Kedah Darul Aman.

Ridzwan Bin Abu Bakar
Pengarah Negeri Kedah
Biro Komunikasi
Parti Amanah Negara

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.