3 hari pertama tanpa GST
Oleh Timmy Say
Di pasaraya dan kedai terkemuka, kelihatan semua harga berakhir dengan jumlah sen yang pelik-pelik, terutamanya harga pakaian. Ini menandakan semua harga telah dipotong sebanyak 6% secara serta-merta bermula 1 Jun lalu.
Sebenarnya semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan GST akan dimansuhkan bermula pada 1 Jun, kebanyakan pasaraya dan kedai terkemuka mengumumkan tawaran diskaun sebanyak 6%.
Malah berlaku persaingan antara kedai sehingga ada yang menawarkan diskaun 6%+1%.
Oleh sebab itu, pembeli tidak merasai perbezaan ketara pada 1 Jun – yang berbeza hanyalah tawaran diskaun itu kini termaktub dalam harga sebenar dan berakhir dengan jumlah sen yang pelik-pelik.
Bagaimana pula kedai kopi biasa? Penulis sempat berbual dengan seorang pemilik kedai yang cepat-cepat menaikkan harga kopinya atas alasan GST masih tidak menurunkan harganya pada 1 Jun yang lalu lepas.
Beliau berkata kebanyakan peniaga kecil tidak mampu menurunkan harga buat masa ini. Ini kerana stok lama bahan mentah dan keperluan kedai yang dibelinya seelum ini dikenakan GST.
Mereka perlu menunggu semua stok lama dihabiskan dahulu dan melihat apakah ada perbezaan harga ketika mengambil stok baru sebelum menentukan sama ada boleh menurunkan harga.
“Kalau bisnes baik, stok lama boleh habis dalam 2 minggu. Kalau tidak, sebulan. Sebulan nanti, kita tengoklah, boleh turun harga ke tak. Jika pembekal tak turun harga, apa boleh buat? Mereka boleh kata ringgit lemah, dan sememangnya ringgit tengah jatuh selepas bertukarnya kerajaan,” katanya.
Di sektor automotif pula, GST 0% satu berita baik buat penjual dan pembeli kereta. Seorang penjual kereta terkemuka di Taman Megah berkata semua stok kereta barunya habis ditempah.
“Kalau nak beli, beli sekarang. Harga tanpa GST dan SST (cukai jualan dan perkhidmatan). Bulan September nanti, bila SST dilaksanakan harga akan naik kembali. Penjual perlu berusaha menjual sebanyak kereta yang mungkin dalam 3 bulan ini, sebab musim kemarau jualan kereta akan datang selepas SST dilaksana,” nasihat penjual kereta itu.
Bagaimana pula impak SST terhadap kos sara hidup rakyat selepas dilaksanakan September nanti?
Apakah ia akan menjadi seperti harga kereta yang dijangka naik selepas terlaksananya SST atau ia kekal seperti harga kopi di kedia biasa?
Umum mengetahui peniaga sering mengambil kesempatan menaikkan harga apabila ada cukai baru terlaksana, terutamanya apabila mereka baru sahaja menurunkan harga kerana GST 0%.
Ketika itu, bulan madu kerajaan PH akan berakhir dan rakyat akhirnya dikejutkan dengan realiti sebenar, iaitu pendapatan dan daya beli mereka kekal hampir sama meskipun di bawah kerajaan baru.
Yang berbeza hanyalah kebencian mereka terhadap Barisan Nasional sebelum dan selepas pilihan raya telah terjawab dengan kekalahan pemerintahan berusia lebih 60 tahun itu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.