SPRM nafi beku akaun cucu Najib
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menafikan dakwaan pihaknya telah membekukan akaun cucu Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Penafian itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian, sebentar tadi.
Terdahulu, anak Najib, Nooryana Najwa mempertikaikan tindakan kerajaan membekukan akaun peribadinya dan juga anaknya berusia 10 bulan selepas beliau selesai membayar jaminan untuk bapanya, semalam.
Beliau telah memuat naik rasa tidak puas hati itu dalam laman Facebook
miliknya mendakwa pihak bank menghubunginya dan memaklumkan mereka
menerima arahan untuk membekukan akaunnya, semalam.
Menurutnya, akaunnya itu digunakan untuk membayar yuran pengajiannya manakala wang berjumlah RM 500,000 diperolehi untuk jaminan bapanya, semalam, dikumpul daripada rakan-rakan dan saudara-maranya.
Semalam, Norashman dan Nooryana Najwa sebagai penjamin selesai membayar jaminan RM500,000 di kaunter Maybank cawangan mahkamah jam 2.45 petang.
Manakala, baki RM500,000 daripada jaminan RM 1 juta dikenakan kepada Najib akan dilunaskan pada Isnin.
Penafian itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian, sebentar tadi.
Terdahulu, anak Najib, Nooryana Najwa mempertikaikan tindakan kerajaan membekukan akaun peribadinya dan juga anaknya berusia 10 bulan selepas beliau selesai membayar jaminan untuk bapanya, semalam.
Menurutnya, akaunnya itu digunakan untuk membayar yuran pengajiannya manakala wang berjumlah RM 500,000 diperolehi untuk jaminan bapanya, semalam, dikumpul daripada rakan-rakan dan saudara-maranya.
Semalam, Norashman dan Nooryana Najwa sebagai penjamin selesai membayar jaminan RM500,000 di kaunter Maybank cawangan mahkamah jam 2.45 petang.
Manakala, baki RM500,000 daripada jaminan RM 1 juta dikenakan kepada Najib akan dilunaskan pada Isnin.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.