https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tekad pulang dengan piala


PENDANG - Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob menyatakan sebarang keputusan melibatkan kedudukan Dun Kedah masih lagi dalam perbincangan.

Menurutnya, perbincangan sedang dijalankan bersama pucuk pimpinan dan beliau hanya akan menurut segala keputusan berkenaan.

"Perbincangan masih dijalankan dan segala keputusan akan saya turuti bagi memastikan ia membawa kebaikan kepada parti," katanya.

Menurut Suraya dari segi pemilihan speaker, pihaknya akan membuat pertimbangan yang wajar.

"Insya-ALLAH kami akan buat keputusan yang terbaik dan akan memastikan speaker yang dipilih mampu mengharmonikan dewan nanti," katanya.

Terdahulu, akhbar melaporkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib menyatakan tiga adun BN yang menang pada PRU14 lalu bakal penentu kedudukan Dun Kedah.

Adun terbabit adalah Adun Guar Chempedak, Datuk Ku Rahman Ku Ismail, Adun Bandar Baharu NorSabrina Mohd Noor dan Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya.

Ketiga adun BN ini hanya mempunyai dua pilihan sama ada mengambil sikap berkecuali atau sekiranya semua parti enggan mengalah cara lain ialah berdepan dengan pilihan raya negeri (PRN).

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.