UEC buka ruang pecah masyarakat majmuk
KOTA BHARU: Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu serius menangani polemik pengiktirafan Sijil
Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang bertentangan dengan dasar pendidikan
negara.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, UEC yang digunapakai di sekolah aliran Cina
dan sekolah swasta Cina diambil sepenuhnya dari China.
Katanya, Malaysia akan berhadapan dengan
masalah besar seperti perpecahan dalam masyarakat majmuk jika sistem
pendidikan negara dan dasar pembentukan negara tidak diikuti.
"Kita pernah berhadapan dengan krisis
pendidikan dahulu apabila MCA mencadang untuk menubuh sebuah institusi
pengajian tinggi, Universiti Merdeka yang ditentang pemuda Umno.
"Ia dibatalkan kerajaan, namun hari ini
wujud puluhan universiti swasta yang ditubuhkan tidak mengikut silibus
sistem pendidikan negara," katanya pada pertemuan dengan guru Maahad
Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian semalam.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang mewakili DAP mahu isu pengiktirafan UEC selesai sebelum hujung tahun ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.