https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ismail Sabri kepada MCA: Nak halau Umno keluar BN, who are you?

PETALING JAYA: Umno hari ini berkata MCA tiada kuasa untuk menyingkir Umno daripada Barisan Nasional (BN) kerana semua keputusan dalam gabungan itu dibuat secara bersama.

Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MCA juga tidak wajar membuat kenyataan kepada media tentang menyingkir parti Melayu terbesar itu daripada BN.

“Dia tak ada kuasa sendiri dan MCA perlu sedar dia juga tak mampu untuk tarik kaum Cina menyokong kita…hanya 2.5% pengundi Cina menyokong BN sewaktu pilihan raya umum,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memberi amaran Barisan Nasional akan dibubarkan atau Umno disingkir daripada gabungan itu jika parti Melayu itu bergerak ke arah politik teokrasi.

Ismail bagaimanapun memberitahu MCA bahawa parti Cina itu harus melihat manfaat daripada kerjasama Umno-PAS.

“Banyak kerusi MCA bergantung pada kerusi Melayu. Kalau gabungan Umno dan PAS boleh memperkukuhkan penguasaan pengundi Melayu, dia yang akan mendapat faedah,” katanya, dan menambah Umno sedar tiada kerusi majoriti pengundi Cina yang selamat untuk MCA.

“Umno tidak pernah belasah MCA apabila gagal dalam PRU lalu. Tiba-tiba nak jadi abang long pula suruh orang keluar, ‘who are you’?”

Ismail menyarankan MCA supaya membangkitkan sebarang permasalahan menerusi Barisan Nasional. “Kita nak terima parti atau nak suruh parti keluar mesti secara konsensus.”

“Jadi saya harap usah mengeruhkan hubungan antara parti komponen. Kalau MCA rasa masih bersama BN, jaga perasaan parti kawan,” katanya

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.