https://critoxium.com/shop/

Terkini

Syed Ali Alhabshee pula keluar Umno

Hari ini Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula mengumumkan keluar Umno sebentar tadi.

Bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu dilapor mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Cheras hari ini.

Beliau memberi alasan “demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan”.
Kelmarin beliau dilihat hadir dalam sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (AMANAH) di Temerloh.

Syed Ali terkenal sebagai seorang pemimpin Umno yang lantang dan terkedepan mengkritik Pakatan Harapan sebelum ini.

Tindakan drastik itu Syed Ali itu dibuat selepas enam anggota parlimen Umno berbuat demikian selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Minggu lepas veteran Umno Datuk Mustapa Mohamed dan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman terlepas dahulu meninggalkan parti itu.

Umno kali pertama hilang penguasaan 61 tahun di peringkat persekutuan di tangan HARAPAN dan sekutunya dalam pilihan raya umum lepas.

1 ulasan:

  1. Mamat mulut jijik ni bukan katak tetapi sesumpah. Jangan bagi dia ni masuk Amanah mahu pun Bersatu. Biar je dia ni dok sorang2 terkebil2 kat luar PH. No compromise!

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.