Kejujuran Dalam Persahabatan
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Kesian pemimpin Umno. Macam-macam dah dibuat untuk ajak Pas bersatu, nampaknya masih gagal.
Guna macam-macam kalimah, bergabung, bercantum, berpakat, bersedondon, walaupun disambut oleh Pas, tapi tak ada kemajuan besar dalam usaha itu.

Pemimpin Pas datang majlis Umno, bersyarah, baca ayat Quran sepatah
dua, takbir kuat-kuat, demo sama-sama, kemudian balik, senyap.
Esok lusa datang lagi, bersalam, pegang tangan, berpeluk, makan-makan, habis majlis, balik senyap lagi. Tiada perkembangan positif.
Begitulah Pas dan politik pemimpinnya. Tidak konsisten, tiada halatuju, tidak fokus. Mereka hanya ada slogan, ada laungan, tapi tiada agenda, tiada matlamat.
Politik Pas politik riuh rendah, politik tin milo, politik tiup sentimen, politik isu, politik t-shirt, politik demo, politik pasang bendera, politik panjat tembok dan politik usrah.
Politik pemimpin Pas pula politik ceramah. Boleh ceramah depan pentaksub sendiri, boleh api-apikan pendengar untuk derma atas nama jihad, boleh balik tidur lena.
Malam esok dan lusa ceramah lagi. Sudah 60 tahun lebih Pas berceramah, itulah Pas seperti yang ada pada hari ini. Pas berjaya melahirkan pentaksub, tapi tanpa halatuju politik yang jelas.
Umno dah kenal gaya politik Pas itu. Cuma buat masa ini, disebabkan hanya Pas saja yang mahu berkawan dengannya, Umno pun berkawanlah dengan Pas. Tak apa berkawan bukan rugi.
Orang kata antara tanda kejujuran dalam bersahabat ialah apabila bersalam bertentang mata. Entahlah itu orang kata. Pas jujur atau tidak, kami dah tahu jawapannya.
Umno pun nampaknya semakin bertambah tahu. Pentaksub Pas nak kecam aku dengan status ini, itu kamu punya pasallah.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.