Amaran! Jangan beri laluan campur tangan DAP!
MENTERI di Jabatan
Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof jangan ingat amaran dari beliau
digeruni oleh umat Islam. Beliau dilaporkan memberi amaran jangan
mempertikaikan pelantikan wakil DAP sebagai Ahli Lembaga Pengarah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
PAS beri amaran jangan berterusan memberi laluan campur tangan DAP dalam urusan Islam.
Pada sidang Parlimen yang lalu Ahli
Parlimen dari DAP mendesak kerajaan memberi kebebasan kepada penganut
Syiah menjalankan aktiviti mereka. Seorang lagi Ahli Parlimen DAP yang
kanan dan memegang jawatan Menteri dilaporkan dalam satu prosiding
mahkamah sebagai tidak bersetuju kedudukan Islam sebagai Agama
Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
DAP berterusan cuba menghalang usaha memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dengan pelbagai alasan.
Ingat, 63 peratus rakyat Malaysia adalah
umat Islam yang ada had kesabarannya dan tidak teragak-agak
mempertahankan Islam jika terus diganggu.
Ingat, Amaran Allah S.W.T mengatasi amaran beliau.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.