Penjelasan Yang Tidak Jelas Daripada Hishamuddin
Oleh Mohd Sayuti Omar
Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein menyatakan rasa lega kini selepas gambar beliau bersama pemimpin dan bekas pemimpin tertinggi Umno tersebar kepada umum. Katanya dengan penyebaran gambar itu ia meredakan keadaan dan menolak spekulasi kononnya dia akan keluar Umno untuk menyertai Bersatu.
Gambar yang dimaksudkan Hishamuddin ialah gambar beliau duduk semeja dengan Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mohamad Hassan. Back gorund gambar itu semacam di rumah seseorang?
Kata Hishamuddin sebelum ini beliau dituduh untuk keluar daripada Umno dan menyertai Bersatu.
Beliau kononnya akan dilantik menjadi Setiausaha Agung parti itu. Bersamanya juga akan ikut sama beberapa orang ahli parlimen Umno?
Sebenarnya penjelasan Hishamuddin dan penyebaran gambar itu tidak mudah menolak spekulasi itu. Orang sudah tahu sebelum ini dia ada berjumpa dengan Dr Mahathir. Perjumpaan memakan masa panjang itu telah menimbulkan berbagai spekulasi yang memburukan keadaan dalam PH.
Kedatangan ke Putrajaya disahkan oleh S Kadir Jasin.
Spekulasi dan desas desus itu kian memburuk selepas itu. Ia tambah buruk dan membuka senario lain pula apabila ada pula ditularkan gambar beliau bersama Azmin di luar negara.
Gara-gara itu gambar Hishmuddin duduk semeja bersama Zahid, Najib dan Mohamad Hassan itu, tidak mudah untuk orang membuang persepsi macam-macam terhadap gambarnya bersama Azmin Ali di luar negara, yang ketika mereka bercuti di satu lokasi sama. Gambar dengan beliau bersama pemimpin Umno itu tidak sesekali memadamkan gambar beliau dengan Azmin Ali yang sudah disimpan dalam folder.
Ada asas untuk mengatakan Hishmuddin akan keluar Umno sebelum ini. Tindakan Nurul Izzah Anwar yang membuat kejutan dengan melepaskan jawatan ada kemungkin bertolak daripada spekulasi itu.
Tindakan itu boleh dijadikan ianya benteng kepada rancangan Hishmuddin itu? Nurul Izzah menghantar mesej jelas bagi mengunci gerak geri Hishamuddin. Dan gambar Nurul Izzah yang mengopi bersama dua jejaka bersuami itu pula menambahkan lagi mangga besar kepada keselamatan PH?
Justeru yang patut Hishamuddin jelas dan terangkan disini ialah gambar beliau bersama Azmin itu.
Setakat ini kedua pihak tidak menjelaskan apakah butir perbicaraan mereka dalam kesempatan berada di Morocco itu. Pertemuan itu bukan sahaja setakat merakam gambar tetapi selalunya gambar dirakam selepas berlaku percakapan, selain makan. Dan jika pertemuan itu tidak menggembirakan kenangan itu tidak diabadikan.
Sebagai titiknya, gambar Hishamuddin bersama Zahid, Najib dan Mohamad Hasan itu tidak melegakan, sebaliknya makin membimbangkan bagi mereka yang celik huruf siasah. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.