William Tan jiran yang baik, pendamping dikala uzur
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Hampir dua purnama dia pergi meninggalkan kami buat selamanya, tetapi terasa baru semalam perjalanan hidupnya berakhir. Jiran-jiran tentu benar-benar merasai kehilangannya, terutama saya sekeluarga, tetangga yang paling hampir.
Wiliam Tan, dalam usia 70-an, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, setelah tiga hari saya tidak mendengar sapaan suara garaunya di pintu pagar rumah.
Lazimnya, beliau akan melaungkan nama saya ketika pancaran mentari terasa perit dan dia mahu berehat sebentar selepas bermandi peluh membersihkan taman bunga yang dijaga rapi. Seringkali saya masih terlunjur di tingkat atas rumah, tidak menjawab panggilannya, khususnya pada pagi selepas hari dialisis.
Pesara TUDM dengan pangkat terakhir Mejar itu begitu mengambil berat kesegaran alam sekitar dan mampu berpanas sehingga tengah hari menjaga dan memelihara pokok-pokok bunga di halaman rumahnya, juga di sekitar kejiranan kami.
Ramai adik-beradiknya berkhidmat dalam tentera dan ia sentiasa menjadi kebanggaannya,
Anda pasti terkejut melihat Wiliam, anak kelahiran Alor Setar itu mengheret perlahan kakinya, dibantu tongkat untuk menapak, sambil membersihkan taman mininya. Nampak seolah-olah dia boleh terjatuh tetapi azamnya cukup kuat untuk terus meniti hidup.
Wiliam juga rajin menyapu sampah dan daun-daun kering, pagi dan petang. Ketika saya meninjau keadaan rumah sebelum bersetuju membelinya pada akhir 1990-an dahulu, pemiliknya menberitahu saya, ‘jiran sebelah, seorang Cina Kristian, bekas tentera, prihatin dengan jiran, selalu bersihkan halaman rumah saya sekali.
Mula rapat dengannya, selain berkongsi pagar, apabila dia mengetahui saya bertugas dengan Harakah. Perlahan-lahan saya menyedari sikapnya yang kritis terhadap pemerintah. Namun begitu, dia masih menyimpan sokongan terhadap Pas, mungkin disebabkan citra Islam yang ditonjolkan agak “ekstrim” ketika itu.
Jika ada kenalannya yang bertamu, termasuk dari Singapura, Wiliam memperkenalkan saya sebagai ketua pengarang Harakah dan “orang penting pembangkang”. Saya sekadar tersipu-sipu, sambil membalas, “jadi kuli Pas sahaja”.
Penyokong kuat Pas
Kami bertambah rapat selepas puteri kesayangan, Nurul Syafiqah, 11 tahun, dijemput Ilahi secara mengejut, pada pagi 1 Ramadan 2005. Semasa Syafiqah nazak di atas sofa ruang tamu, Wiliam bergegas membantu mengangkat jasad yang lemah itu ke kereta. Seperti saya dan isteri, raut wajahnya juga tampak cemas dan gelisah. Sebenarnya tanpa kami sedari, hayat Syafiqah sudah berakhir ketika itu. Doktor Ampang Puteri, mengesahkannya sebaik kami tiba di hospital pakar 15 minit kemudian.
Daripada lima anak saya, Wiliam mengakui hanya Syafiqah seorang yang ramah dan suka bersembang. Sejak itu, kami juga selalu berborak tentang penjagaan kesihatan. Apatah lagi dia merupakan pesakit kanser yang serius, dalam tempoh yang agak lama.
Tahun 2008. Pilihan Raya Umum ke-12. Pakatan Rakyat menang Dun Selangor dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat. Makin kerap Wiliam — waktu itu masih kuat berjalan — bertandang. Tambah bersemangat dia bercerita panjang hal politik dan kemungkinan regim Umno-BN boleh dikalahkan.
Dia sudah menjadi penyokong kuat Pas. Katanya, kerajaan mesti dipantau dari dekat oleh pembangkang yang kuat dan berintegriti. Pas baginya bersih dari rasuah , hidup pemimpinnya sederhana dan tidak sombong.
Yang pasti, setiap majlis jamuan Aidilfitri anjuran Adun Pas Lembah Jaya, dia mesti menggesa saya untuk hadir. Peringkat awal, saya membawanya bersama; Wiliam ternyata penggemar masakan tradisi Melayu. Namun, selepas operasi pintasan jantung dan diserang angin ahmar, pergerakan saya terbatas dan permintaannya tidak dapat dipenuhi.
Kadang-kadang dia mengajak saya menziarahi warga emas di pusat jagaan orahg-orang tua. Katanya, menyantuni orang kurang upaya dan uzur juga merupakan satu terapi yang bagus. Dia turut mempelawa saya melancong ke pulau-pulau peranginan. “Berehat dan cari ilham baru,” pujuknya.
“Saya kenal seorang pemilik chalet di Pulau Tioman, dia orang Pas dan kenal you,” tambahnya, ketawa kecil. Malangnya banyak ajakan dia tidak dapat saya penuhi.
Melihat dari luar pagar saya terlantar lemah di ruang tamu, Wiliam minta permisi untuk masuk menjenguk. “Otot-otot tak boleh biar lemah, makin kecut nanti. Esok pagi kita bersenam sikit di Bukit Belacan,” katanya, merujuk taman rimba yang popular di Ampang, sekitar 3 km dari kediaman kami.
Memang udaranya segar. Kicauan burung dan kehijauan pokok-pokok menyamankan. Aliran sungainya sejuk dan jernih. Namun saya hanya tiga kali bertahan untuk bersama Wiliam berjalan-jalan di awal pagi itu. Rupanya saya mudah patah semangat melawan keuzuran, seperti juga senang mengalah melalui proses fisioterapi yang menyakitkan.
Waktu itu Wiliam sudah masuk kelompok pesakit angin ahmar juga. Berbeda dengan saya, dia mempunyai tekad yang tinggi untuk pulih. Tidak kecewa dengan sikap mengalah saya, dia terus memujuk, antaranya hadir di pusat rawatan anjuran NASAM (Persatuan Kebangsaan Pesakit Angin Ahmar Malaysia). Saya tetap keras kepala. Sesekali dia menunjukkan cara meregangkan otot yang mudah kepada saya.
“You kena sihat, Lutfi. Kerajaan ini mesti ditukar. Tulisan you boleh ubah fikiran pengundi, ” Wiliam selalu memberi motivasi, sambil kerap berkongsi buku-buku politik yang dibelinya. Kerap juga dia membawa keratan akhbar The Star yang dirasakan perlu saya ulas dalam tulisan. Kolum saya di Harakah, Catatan Hujung, mungkin menjadi tatapan wajibnya. Naskhah Harakah saya selit di pintu pagar rumahnya.
Kadang-kadang dia mengajak saya menziarahi warga emas di pusat jagaan orahg-orang tua. Katanya, menyantuni orang kurang upaya dan uzur juga merupakan satu terapi yang bagus. Dia turut mempelawa saya melancong ke pulau-pulau peranginan. “Berehat dan cari ilham baru,” pujuknya. “Saya kenal seorang pemilik chalet di Pulau Tioman, dia orang Pas dan kenal you,” tambahnya, ketawa kecil. Malangnya banyak ajakan dia tidak dapat saya penuhi.
Ketika Pas dilanda krisis dalaman, Wiliam dari awal percaya saya tidak dapat bertahan. Beliau selalu sebut nama pemimpin Pas tertentu yang dihormatinya, seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin.
Beliau pernah bersembang dengan Mahfuz Omar dan Dr Syed Azman ketika mereka menziarahi saya tetapi saya tiada di rumah, kerana rutin rawatan di Hospital UKM, Cheras. Sewaktu Saari Sungib datang bertukar-tukar buku dengan saya, Wiliam sempat meluahkan kritikannya mengenai apa yang dilihatnya sebagai politik Islam.
“You silap orang, Wiliam. Ini Adun Hulu Kelang, orang kuat Reformasi dan pemimpin penting AMANAH,” saya membalasnya bila melihat Saari tersenyum.
Dia gembira dengan penubuhan AMANAH, yang dilihat mewakili suara orang Islam dalam gabungan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak. Dia anggap Pas sebagai sekutu Umno yang mempertahankan regim kleptokrat. Saya jarang mempersenda Pas di hadapannya, tetapi persepsi beliau terhadap kepimpinan Ustaz Abdul Hadi Awang begitu negatif.
Ketika menziarahi mayatnya, di Nirvana Memorial Centre, dekat Dewan Bahasa dan Pustaka, tengah hari Selasa, 20 November, terlihat wajahnya buat kali terakhir, saya terkedu seketika.
Terbayang kata-kata yang selalu dilafazkannya: “Lutfi, orang uzur teruk macam kita ini, bertuahlah jika dapat bangun esoknya, merasai bahang matahari pagi yang sihat.
“Saya serahkan segalanya kepada Tuhan. Islam kata, tawakal, ya? Kita bagai orang sakit yang berada dalam kereta sorong, melintasi antara dua bangunan paling tinggi, di atas tali yang halus. Kepada siapa lagi nak bergantung.”
Terngiang-ngiang kalimahnya, yang agak tidak tersusun dan tidak jelas butirnya ketika menegur saya yang agak tergesa-gesa ke pusat dialisis, beberapa hari selepas PRU14. Saya memahami kata-kata dari bibir yang herot itu, sebagai: “Dapat juga kita tengok, sebelum kita berdua mati, Lutfi, BN jatuh selepas 61 tahun berkuasa. Sampaikan ucapan tahniah saya kepada kawan-kawan AMANAH.”
Apa pun, malam Ahad, 18 November 2018 itu saya kehilangan jiran yang baik dan pasangan untuk bersembang. Setiap kali membuka daun pintu kamar tidur di tingkat atas, saya pasti terpandang gerbang keluli di halaman yang dibelit pokok bunga kertas nenjalar berwarba-warni. Wiliam yang memasangnya untuk kali pertama dahulu supaya sepadan dengan pintu pagar rumahnya yang bergandingan.
Lama sebelum itu, kami berborak panjang semasa menjamah nasi Arab masakan isteri saya, Wiliam mengingatkan, Malaysia terlalu kaya untuk dikongsi setiap rakyatnya, tidak kira kaum dan agama, tapi kalau kita tamak memang sampai bila-bila tidak akan cukup.
Kini tiada lagi suara keras yang tersekat-sekat, dari sebelah pagar yang mengejutkan tidur siang saya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.