https://critoxium.com/shop/

Terkini

Editor Sarawak Report gembira kes saman selesai



CLARE Rewcastle-Brown hari ini lega dan gembira apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam menawarkan untuk menyelesaikan saman fitnahnya terhadap editor Sarawak Report itu.
Rewcastle-Brown berkata beliau sangat gembira dengan syarat penyelesaian yang tidak didedahkan dengan “artikel yang menyinggung” itu masih berada dalam talian dan tidak diubah.

“Saya tidak akan tarik balik,” katanya

“Saya ucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai yang membantu saya melawan cubaan untuk ‘mendiamkan’ laporan saya.
“Artikel masih ada disiarkan dalam talian dan tidak diubah, walaupun saya bersetuju untuk tidak membincangkan syarat-syarat penyelesaian,” katanya berkenaan artikel yang bertajuk “As Najib denies all over 1MDB, let’s not forget his many other criminal connections” yang disiarkan pada 6 Ogos, 2016.

Hadi membuat keputusan untuk memuktamadkan penyelesaian luar mahkamah melalui perintah persetujuan bertarikh 1 Februari di mahkamah tinggi London, kata setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman, dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi juga bersetuju untuk menarik balik tuntutannya terhadap Rewcastle-Brown kerana defendan dikatakan telah menarik balik tuntutan balasnya. Tiada perintah dibuat untuk kos.

Hadi menyaman Rewcastle-Brown berhubung artikel Sarawak Report yang bertajuk “As Najib denies all over 1MDB, let’s not forget his many other criminal connections” yang disiarkan pada 6 Ogos, 2016.

Artikel itu mencadangkan bahawa wang itu diberikan sebagai pertukaran untuk sokongan PAS terhadap Barisan Nasional dan bekas perdana menteri Najib Razak melepaskan PAS dari pembangkang dengan menyalurkan RM90 juta kepada parti Islam.-TMI

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.