Isu perintah persetujuan Sarawak Report
Oleh UMMU MARWAHARI
hari ini hampir semua
ahli PAS tergamam menerima berita kes Sarawak Report telah diselesaikan
di luar Mahkamah melalui Perintah Persetujuan. Di saat ada ahli yang
menjual barangan peribadi untuk menyumbang kos guaman kes ini, keputusan
TGHH ini adalah sesuatu yang mengejutkan akal manusia rasional.
Sebagai orang yang mempunyai latar
belakang undang-undang dan mengikuti dengan dekat kes ini, saya juga
pernah terdetik bahawa PAS patut menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.
Namun sebagai ahli PAS yang memahami keputusan Presiden pastinya akan
melalui syura dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada orang yang
lebih berkelayakan, saya diamkan sahaja.
Apabila mendapat tahu keputusan TGHH
hari ini, walaupun tertanya-tanya, tetap terselit perasaan gembira.
Setakat pengetahuan saya mengenai perjalanan kes ini, terdapat beberapa
sebab saya rasakan keputusan ini bukan sahaja mengambil kira kalah
menang kes tetapi kepentingan PAS dan ahlinya untuk masa panjang.
Pada pendapat saya, PAS sudah pun
mencapai matlamat dengan kemenangan interlokutori April tahun lepas. PAS
mendapat keputusan cemerlang dengan memenangi 4 permohonan dan menolak 1
permohonan Clare. Permohonan-permohonan tersebut bukan sahaja
membabitkan persoalan teknikal tapi turut memberi kesan terhadap isu-isu
subsantif. Sekalipun kes ini diteruskan, ianya tidak lagi mempunyai
kesan yang diperlukan kepada Plaintiff melainkan lebih kepada
perbincangan akademik.
Sekiranya PAS menang, kuantum ganti rugi
juga akan menjadi sangat sikit. Hal ini kerana kemenangan PAS dalam PRU
lepas sehingga menguasai 2 negeri memberi gambaran kepada Mahkamah
seolah-olah artikel itu tidak menjejaskan reputasi atau memberi kesan
kepada PAS.
Dari sudut implikasi kewangan, semua
orang maklum PAS tidak mampu membayar sendiri dan bergelut untuk
menjelaskan kos guaman. Kos yang berjuta-juta sebelum ini hanya
melibatkan perbicaraan interlokutori dan persediaan perbicaraan penuh,
kos yang berganda besar sudah pasti diperlukan untuk perbicaraan yang
akan melibatkan ramai saksi dan memakan banyak hari.
Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari.
Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari.
Atas semua kemungkinan pertimbangan apa
yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita
akan dapat, saya rasa memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan
sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudahpun dapat apa yang
diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.