Saham Jho Low dalam Hotel Park Lane dijual untuk dapatkan kembali wang 1MDB
NEW YORK: Saham Hotel Park Lane di New York dijual kepada syarikat
pelaburan Abu Dhabi sebagai sebahagian usaha Jabatan Kehakiman (DoJ)
Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali berbilion dolar yang mengalir
keluar daripada tabung 1MDB yang terpalit dengan skandal.
Kira-kira AS$140 juta kepentingan hotel, yang terletak di Central Park South, Manhattan, dipindahkan kepada kerajaan AS pada 10 Dis, kata Thom Mrozek, jurucakap pejabat peguam negara AS di Los Angeles.
Wakil pembeli, Mubadala Investment Co dari Abu Dhabi, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut.
Jualan itu dilakukan November, selepas Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan nama Jho Low, bersetuju menggugurkan tuntutannya ke atas hartanah itu dalam saman rampasan oleh AS.
DoJ bersetuju bahawa menggugurkan tuntutan itu bukan pengakuan tidak bersalah atau liabiliti, menurut kenyataan pada masa itu.
DoJ merampas aset Low berdasarkan tuduhan beliau membelinya dengan wang dicuri daripada 1MDB. Pendakwaan konspirasi dan pengubahan wang haram dikenakan terhadap Low tahun lepas kerana didakwa menyelewengkan wang 1MDB.
Jabatan itu berusaha merampas hampir AS$1.7 bilion aset yang dikatakan diperoleh secara haram melalui wang yang dipindahkan dari 1MDB, termasuk kapal mewah Equanimity dan karya seni Pablo Picasso serta Jean-Michel Basquiat.
Pinjaman dicari
Beberapa hari kebelakangan ini, peminjam baru yang berpotensi ke atas Hotel Park Lane dimaklumkan tentang perubahan pemilikan hotel yang belum dilaporkan sebelum ini.
Mubadala, rakan kongsi Witkoff Group dalam Hotel Park Lane, mengupah pasukan hutang Newmark Knight Frank, yang diketuai Dustin Stolly dan Jordan Roeschlaub, untuk membiayai semula hotel 631 bilik itu.
Demikian menurut satu dokumen yang dilihat Bloomberg News yang menunjukkan kumpulan itu sedang berusaha mendapatkan pinjaman berjumlah AS$600 juta.
Mubadala dan Witkoff adalah pengurus Hotel Highgate LP dan New Valley, satu unit Vector Group Ltd. Wakil Newmark Knight Frank dan New Valley enggan mengulas lanjut. Wakil untuk Witkoff dan Highgate tidak memberi respons terhadap mesej yang meminta maklum balas.
Menurut dokumen itu, hasil jualan akan digunakan untuk membayar pinjaman yang ada, serta hak ruang udara tambahan dan pengubahsuaian. Nilai tanah itu dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion, dan hotel itu sendiri merupakan “peluang komersial terakhir merangkumi Central Park South”.
Park Lane Hotel dibangunkan pada 1967 oleh jutawan Harry Helmsley dan dimiliki keluarga Helmsley sehingga ia dibeli Witkoff dan entiti yang bergabung dengan Low pada 2013 dengan harga kira-kira AS$654 juta.
Kemudian, Mubadala membayar Low sejumlah AS$135 juta untuk memiliki sebahagian hak milik hotel tersebut.
Perjanjian terbaru bagi saham hotel itu menyusul dengan penyelesaian antara DoJ dan Red Granite Pictures Inc., yang menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street”.
Ia membayar AS$60 juta untuk menyelesaikan pembiayaan tuntutan dengan wang tunai yang disedut dari 1MDB .
Ia juga termasuk saham milik Low di EMI Music Publishing kepada Sony Corp. Sebanyak AS$415 juta milik Low dalam hasil perjanjian itu didepositkan dalam akaun pegangan pada 14 Disember, sementara menunggu keputusan tuntutan perlucutan hak milik, dan boleh disertai dengan hasil dari penjualan aset lain, termasuk jet Bombardier Global 5000 di Singapura.
Saman rampasan sivil, lebih daripada 12, dikekalkan pada 2017 atas permintaan DoJ untuk melindungi siasatan jenayahnya kepada Low dan rakan jenayahnya. Kes-kes itu masih ditangguhkan, kecuali kes-kes yang diselesaikan tahun lalu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.