Ummat Terbaik :Usaha Bermula Dari Ruman
Oleh Dr Salmee bt Said
1. Melihat kepada realiti ummat pada hari ini amat mencemaskan, kualiti diri, sikap kemandarian yang lemah, kemerosotan dalam pendidikan, gejala sosial yang membimbangkan dan juga kelembapan dalam perkembangan ekonomi.
2. Susulan dari pelbagai krisis yang seakan-akan identik dengan ummat Islam, ummat pula terjebak dalam budaya saling menyalahkan, semua pihak saling tuding menuding dan melupakan apakah tugas yang seharusnya dibuat bagi melahirkan ummat yang terbaik.
3. Semua pihak punya tugasan tersendiri, kerajaan merangka dasar dan berusaha menjamin suasana yang kondusif untuk pembelajaran anak-anak. Sekolah yang menjadi 'pelantar' pendidikan generasi akan datang, akan sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan samaada pembangunan fizikal mahupun pembangunan agenda pendidikan.
4. Usaha dan program Kerajaan ini tidak akan mampu bergerak sukses tanpa penglibatan ibu bapa dan waris, kerana hakikat kelestarian ummat ini bermula dari pendidikan dan semangat untuk mencapai matlamat ummat terbaik yang bermula di rumah.
5. Sebagai Exco yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal pendidikan di Negeri Kedah, saya berazam untuk menjadikan tahun 2019 sebagai TAHUN MUAFAKAT PENDIDIKAN dengan mensasarkan usaha bersama antara pemimpin dan rakyat berganding bahu untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam semua lapangan kehidupan dalam jangka panjang, InsyaAllah.
6. Usaha kearah itu sedang sedang giat digerakkan, dan sokongan semua pihak amat dialukan.
KEDAH AMAN MAKMUR
Harapan Bersama Makmurkan Kedah.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.