BN berhak untuk menang di Semenyih
Oleh Mohd Sayuti Omar
PERANG (Pirake) Semenyih selama dua minggu telah pun tamat dengan berpihak kepada BN yang berjaya merampas kerusi N 24 berkenaan. Calon BN, Zakaria Hanafi memperolehi 19,780 berbanding dengan calon PH Muhammad Aiman Zainali memperolehi 17,866 undi. Majoriti diraih Zakaria sebanyak 1,914 undi.
Kemenangan itu sebenarnya sudah boleh diramal banyak pihak. Saya sendiri dalam catatan dalam blog ini memberi gambaran, BN boleh menang hanya berdasarkan kepada peratus keluar mengundi. Saya meramalkan kalau peratus keluar mengundi tinggi, ia akan memberi kemenangan kepada BN. Peratus keluar mengundi semalam adalah tertinggi berbanding dengan beberapa Pirake sebelum ni.
Dan ternyata tepat ia memberi kemenangan kepada BN. Selalunya dalam perhatian dan pengalaman saya, sekiranya peratus keluar mengundi tinggi dalam sesuatu Pirake ia akan berpihak kepada parti pembangkang.
Dalam kunjungan ringkas ke kawasan pilihan raya itu seminggu sebelum hari mengundi, saya sudah dapat menghidu kekalahan itu bila mana sambutan disatu ceramah PH bertempat di taman berhampiran bandar Semenyih tidak memberangsangkan. Dalam satu catatan di Facebook, saya memberi peringatan berbentuk pertanyaan, apakah Semenyih menyebabkan PH akan tersengih?
Berdasarkan senario itu BN berhak untuk memenang kerusi berkenaan dan berhak juga merayakannya. Penyokong dan bebudak BN boleh merayakan kemenangan itu sambil membakar mercun selama 100 hari, manakala yang tua pula boleh buat pulut kuning cicah dengan gulai serati. Setakat itu sahaja jangan berlebih-lebihan, sebab perjalanan masih jauh.
Parti agama (Pas) yang turut sama menyeka keringat membantu BN pula boleh tumpang semangkuk untuk mengecap pulut dan delcai Umno itu kerana kini sembelihan Umno sudah pun tidak haram lagi. Orang Pas boleh makan sampai berminyak mulut. Di sinilah kurang cerdik dan ruginya Pas kerana semasa BN memerintah mereka tidak sentuh gulai Umno bahkan mencurahnya jika dihulur kepada mereka.
Iya, Najib berjaya untuk membawa isterinya ke Semenyih, tetapi jauh di sudut hatinya diragut kebimbangan dan diulik kecemasan memandang beliau berhadapan dengan puluhan pertuduhan di mahkamah. Saya tidak kira kejayaan Najib membawa Rosmah ke Semenyih itu memberi kepuasan dan keseronokan kepada Rosmah dan dirinya. Najib dan Rosmah akan gembira kemenangan yang boleh membebaskan pasport antarabangsa mereka.
Namun kemenangan itu akan dijadikan azimat untuk membebas dan merampas passportnya dari genggaman pihak Imigeresen.
Lonjakan Mohamad Hassan.
Berbeza dengan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan yang menjadi kapten BN kini, beliau berhak untuk bergembira dengan kemenangan itu. Kemenangan BN semalam meletakkan beliau yakin untuk terus memimpin BN. Mohamad terus boleh mengukir anak tangga dalam Umno untuk naik ke tempat teratas. Bahkan dengan pencapaian itu sudah layak untuk Umno menobatkan Mohamad Hassan sebagai presiden.
Apakah Zahid akan melepaskan jawatan presiden itu secara rasmi selepas Pirake Rantau kelak?
Selalunya apabila selepas pilihan raya, parti akan membuat bedah siasat khasnya yang kalah. Cara membuat bedah siasat selepas kekalahan sebenarnya bukan tindakan yang praktikal dan bijak. Bedah siasat sepatutnya dibuat sebelum kalah lagi, baharu ia berfaedah. Memberi baja kepada pokok selepas pokok sudah mati, biul.
Pihak yang kalah PH, tidak perlu untuk membuat bedah siasat untuk mencari sebab musabab kepada kekalahan itu. Kenapa saya berkata begitu, kerana faktor kekalahan itu sebenarnya sudah diketahui awal-awal. PH sengaja tidak mahu sedar dan melakukan perubahan. Kekalahan itu valid untuk PH apabila sesuatu yang perlu dilakukan tidak dibuat demikian.
Kesalahan awal PH dikesan menerusi pemilihan calon. Calon PH bukan sahaja muda yang tidak ada apa-apa track record dan pengalaman berbanding dengan calon BN, Zakaria seorang pegawai kerajaan dan pemimpin setempat. Penerimaan dan penilaian calon dalam pilihan raya kecil berbeza dengan pilihan raya umum sebab ia akan difokus oleh pengundi. Dalam pilihan raya umum pengundi akan menilai isu nasional bukan lagi peribadi calon. Ini kelalaian PH.
Bukan itu sahaja, ia juga ditambah oleh masalah hubungan Aiman dengan bekas wakil rakyat, Bakhtiar Mohd Nor, yang menjadi bapa mertuanya. Masalah dihadapi Bakhtiar terpaksa dipikul oleh Aiman. Dua beban terpikul oleh Aiman isu bapa mertuanya dan kekurangan pengalaman. Isu ini tidak diketahui oleh orang luar tetapi bagi masyarakat Semenyih sangat mengarifinya.
Di sini tindakan PH khasnya Bersatu kurang bijak dalam membuat pilihan calon. Pandangan semua pihak di peringkat akar umbi katanya tidak diambil kira disebabkan itu berlaku protes Aiman sebagai calon.
Pun begitu tidak adil dan wajar meletakkan permasalahan itu untuk menjustifikasi kekalahan PH itu kerana masih banyak lagi masalah ataupun sebab musabab lain yang menarik dan relevan untuk diperkatakan.
Secara ringkas di sini saya menurunkan beberapa faktor besar kepada kemenangan BN itu serta kesan dan implikasi umum daripada Pirake Semenyih itu kepada kedua-dua pihak, BN dan PH.
1. Kemenangan BN itu adalah hasil kerjasama dan gabungan dengan Pas. Sokongan Paslah memberi kemenangan kepada BN. Jika dilihat kepada pertambahan undi diraih BN itu jelas kerana sokongan Pas. Apa yang terjadi di Cameron Highlands BN mendapat pertambahan undi kerana sokongan Pas, berulang di Semenyih.
2. Gabungan Umno dan Pas itu juga menyebabkan isu perkauman dan agama dimainkan, dua isu atau umpan lazat bagi orang Melayu diterima baik secara berkesan. Umno berjaya mengorkestrakan isu Melayu manakala Pas pula memperdayakan pengundi Melayu dengan bau attar yang dianggap sebagai haruman dari Syurga. Orang Melayu sangat obses dengan bauan itu. Dengan kapasiti pengundi Melayu mencecah lebih 65% memudahkan untuk mereka meraih kejayaan.
Politik ortodoks Melayu menguntungkan BN justeru sikap dan perangai ortodoks itu dikekalkan. Usaha mereformasikan sikap ini masih belum berjaya. Isu-isu agama yang ditaburkan ditelan mentah-mentah oleh orang Melayu. Doktrin yang dipaksa selama 60 tahun bahawa Umno parti keramat dan boleh membantu mereka ditelan memerut oleh para penganut Umno.
3. Kemenangan BN dan kekalahan PH itu didorong oleh ketidakmampuan PH menangkis segala dakyah-dakyah itu. Banyak sebab kenapa ini berlaku, pertama ialah kerana pemimpin PH khasnya yang menjadi menteri, timbalan menteri dan memegang jawatan masih terkapai-kapai setelah menjadi kerajaan. Mereka seakan kehilangan arah dan retak, kehilangan "buah" atau pun taktik untuk bertindak menjadi penjaga gol, kerajaan yang mampan.
Lagak mereka turun menemui rakyat tidak lagi semesra dahulu semasa menjadi pembangkang. Turun dengan bertali leher, berbaju bust jaket ataupun dengan mengepit telefon berjenama. Sudah tidak seperti dahulu untuk memegang bendera parti merayu undi sampai berpeluh pelai, basah ketiak kiri dan kanan.
Kesemua pemimpin mahu menjadi penyerang, naik ke atas untuk terus sumbat gol walaupun sudah menang sehingga lupa memberi kawalan pertahanan. Dalam keadaan nanar banar inilah BN dan Pas terus menyerang PH. Walaupun ada dasar dan polisi yang baik diperkenalkan tetapi kegagalan sistem penyampaian ia tidak ke mana. Jadi dasar kerajaan baru belum difahami.
4. Faktor kekalahan lain ialah apabila orang Cina tidak keluar untuk mengundi. Peratus pengundi Cina tidak setanding dengan peratus mengundi semasa Piraum lalu memberi impak besar. Sikap orang Cina ini perlu diteliti oleh PH dan dikaji kenapa sebab musababnya. Pengundi Cina sebagai modal tambahan dalam kawasan-kawasan tertentu perlu dijaga untuk memastikan PH selamat. Mungkin Cina tidak berubah dalam kawasan didominasi mereka.
5. Perkara lain yang ternampak ialah kebangkitan orang-orang muda menyokong BN. Ada benar juga faktor kerana mereka terikut-ikut dan termakan dengan rentak Najib Razak. Apabila Najib turun ke bawah; masuk ke dalam lombong, masuk ke pasar, singgah di bengkel kereta, "menyuruk" bawah rumah dan merantau ke segenap kampung, budak-budak muda dan orang perempuan berderai mengikutnya.
Bukan apa kerana mereka suka melihat anak bangsawan menemui mereka. Selama ini mereka jauh dengan Najib yang menjadi PM, tetapi kini mereka berpeluang untuk berselfie, berjabat tangan, bercakap dengan Najib dan melihat dari dekat bibir merahnya. Sikap atau penerima orang Melayu kepada kaum bangsawan masih belum berubah. Mereka mudah teruja dan menganggap apa yang dilakukan oleh bangsawan sebagai benar dan mereka perlu tunduk hormat. Feudalisme dalam jiwa Melayu menebal.
Misalnya Anwar Ibrahim ada kesempatan untuk berbuat seperti Najib, meneruskan kerjanya berjumpa dengan segenap lapisan masyarakat, masuk ke tanah-tanah rancangan, Felda, Kada, Mada dan lain-lain tetapi tidak dilakukan. Anwar sejak bebas ini banyak terbang daripada duduk. Bersambung

Alangkah berminyaknya mulut orang-orang dan pemimpin Pas kalau mereka tidak memfatwakan gulai Umno sebagai haram sebelum ini. Apapun pertambahan ilmu orang Pas hasil rajin menelaah kitab kuning dan mengenali erti politik Machiavellism lantaran berkawan dengan Umno akhirnya menyedarkan Pas, dan kejayaan di Semenyih itu adalah hasilnya.Kemenangan itu memberi keyakinan bertambah kepada BN yang telah hilang kerajaan sembilan bulan lalu dan sesudah baru mencapai kemenangan di Pirake Cameron Highlands Februari lepas. Kemenangan malam tadi adalah kemenangan berganda dan juga sedikit sebanyak memberi penawar kepada BN tetapi tidak untuk Najib Razak, Zahid Hamidi, Abdul Azeez Rahim, Teuku Adnan Mansor dan lain-lain pemimpin Umno yang didakwa di mahkamah.
Iya, Najib berjaya untuk membawa isterinya ke Semenyih, tetapi jauh di sudut hatinya diragut kebimbangan dan diulik kecemasan memandang beliau berhadapan dengan puluhan pertuduhan di mahkamah. Saya tidak kira kejayaan Najib membawa Rosmah ke Semenyih itu memberi kepuasan dan keseronokan kepada Rosmah dan dirinya. Najib dan Rosmah akan gembira kemenangan yang boleh membebaskan pasport antarabangsa mereka.
Namun kemenangan itu akan dijadikan azimat untuk membebas dan merampas passportnya dari genggaman pihak Imigeresen.
Lonjakan Mohamad Hassan.
Berbeza dengan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan yang menjadi kapten BN kini, beliau berhak untuk bergembira dengan kemenangan itu. Kemenangan BN semalam meletakkan beliau yakin untuk terus memimpin BN. Mohamad terus boleh mengukir anak tangga dalam Umno untuk naik ke tempat teratas. Bahkan dengan pencapaian itu sudah layak untuk Umno menobatkan Mohamad Hassan sebagai presiden.
Apakah Zahid akan melepaskan jawatan presiden itu secara rasmi selepas Pirake Rantau kelak?
Selalunya apabila selepas pilihan raya, parti akan membuat bedah siasat khasnya yang kalah. Cara membuat bedah siasat selepas kekalahan sebenarnya bukan tindakan yang praktikal dan bijak. Bedah siasat sepatutnya dibuat sebelum kalah lagi, baharu ia berfaedah. Memberi baja kepada pokok selepas pokok sudah mati, biul.
Pihak yang kalah PH, tidak perlu untuk membuat bedah siasat untuk mencari sebab musabab kepada kekalahan itu. Kenapa saya berkata begitu, kerana faktor kekalahan itu sebenarnya sudah diketahui awal-awal. PH sengaja tidak mahu sedar dan melakukan perubahan. Kekalahan itu valid untuk PH apabila sesuatu yang perlu dilakukan tidak dibuat demikian.
Kesalahan awal PH dikesan menerusi pemilihan calon. Calon PH bukan sahaja muda yang tidak ada apa-apa track record dan pengalaman berbanding dengan calon BN, Zakaria seorang pegawai kerajaan dan pemimpin setempat. Penerimaan dan penilaian calon dalam pilihan raya kecil berbeza dengan pilihan raya umum sebab ia akan difokus oleh pengundi. Dalam pilihan raya umum pengundi akan menilai isu nasional bukan lagi peribadi calon. Ini kelalaian PH.
Bukan itu sahaja, ia juga ditambah oleh masalah hubungan Aiman dengan bekas wakil rakyat, Bakhtiar Mohd Nor, yang menjadi bapa mertuanya. Masalah dihadapi Bakhtiar terpaksa dipikul oleh Aiman. Dua beban terpikul oleh Aiman isu bapa mertuanya dan kekurangan pengalaman. Isu ini tidak diketahui oleh orang luar tetapi bagi masyarakat Semenyih sangat mengarifinya.
Di sini tindakan PH khasnya Bersatu kurang bijak dalam membuat pilihan calon. Pandangan semua pihak di peringkat akar umbi katanya tidak diambil kira disebabkan itu berlaku protes Aiman sebagai calon.
Pun begitu tidak adil dan wajar meletakkan permasalahan itu untuk menjustifikasi kekalahan PH itu kerana masih banyak lagi masalah ataupun sebab musabab lain yang menarik dan relevan untuk diperkatakan.
Secara ringkas di sini saya menurunkan beberapa faktor besar kepada kemenangan BN itu serta kesan dan implikasi umum daripada Pirake Semenyih itu kepada kedua-dua pihak, BN dan PH.
1. Kemenangan BN itu adalah hasil kerjasama dan gabungan dengan Pas. Sokongan Paslah memberi kemenangan kepada BN. Jika dilihat kepada pertambahan undi diraih BN itu jelas kerana sokongan Pas. Apa yang terjadi di Cameron Highlands BN mendapat pertambahan undi kerana sokongan Pas, berulang di Semenyih.
2. Gabungan Umno dan Pas itu juga menyebabkan isu perkauman dan agama dimainkan, dua isu atau umpan lazat bagi orang Melayu diterima baik secara berkesan. Umno berjaya mengorkestrakan isu Melayu manakala Pas pula memperdayakan pengundi Melayu dengan bau attar yang dianggap sebagai haruman dari Syurga. Orang Melayu sangat obses dengan bauan itu. Dengan kapasiti pengundi Melayu mencecah lebih 65% memudahkan untuk mereka meraih kejayaan.
Politik ortodoks Melayu menguntungkan BN justeru sikap dan perangai ortodoks itu dikekalkan. Usaha mereformasikan sikap ini masih belum berjaya. Isu-isu agama yang ditaburkan ditelan mentah-mentah oleh orang Melayu. Doktrin yang dipaksa selama 60 tahun bahawa Umno parti keramat dan boleh membantu mereka ditelan memerut oleh para penganut Umno.
3. Kemenangan BN dan kekalahan PH itu didorong oleh ketidakmampuan PH menangkis segala dakyah-dakyah itu. Banyak sebab kenapa ini berlaku, pertama ialah kerana pemimpin PH khasnya yang menjadi menteri, timbalan menteri dan memegang jawatan masih terkapai-kapai setelah menjadi kerajaan. Mereka seakan kehilangan arah dan retak, kehilangan "buah" atau pun taktik untuk bertindak menjadi penjaga gol, kerajaan yang mampan.
Lagak mereka turun menemui rakyat tidak lagi semesra dahulu semasa menjadi pembangkang. Turun dengan bertali leher, berbaju bust jaket ataupun dengan mengepit telefon berjenama. Sudah tidak seperti dahulu untuk memegang bendera parti merayu undi sampai berpeluh pelai, basah ketiak kiri dan kanan.
Kesemua pemimpin mahu menjadi penyerang, naik ke atas untuk terus sumbat gol walaupun sudah menang sehingga lupa memberi kawalan pertahanan. Dalam keadaan nanar banar inilah BN dan Pas terus menyerang PH. Walaupun ada dasar dan polisi yang baik diperkenalkan tetapi kegagalan sistem penyampaian ia tidak ke mana. Jadi dasar kerajaan baru belum difahami.
4. Faktor kekalahan lain ialah apabila orang Cina tidak keluar untuk mengundi. Peratus pengundi Cina tidak setanding dengan peratus mengundi semasa Piraum lalu memberi impak besar. Sikap orang Cina ini perlu diteliti oleh PH dan dikaji kenapa sebab musababnya. Pengundi Cina sebagai modal tambahan dalam kawasan-kawasan tertentu perlu dijaga untuk memastikan PH selamat. Mungkin Cina tidak berubah dalam kawasan didominasi mereka.
5. Perkara lain yang ternampak ialah kebangkitan orang-orang muda menyokong BN. Ada benar juga faktor kerana mereka terikut-ikut dan termakan dengan rentak Najib Razak. Apabila Najib turun ke bawah; masuk ke dalam lombong, masuk ke pasar, singgah di bengkel kereta, "menyuruk" bawah rumah dan merantau ke segenap kampung, budak-budak muda dan orang perempuan berderai mengikutnya.
Bukan apa kerana mereka suka melihat anak bangsawan menemui mereka. Selama ini mereka jauh dengan Najib yang menjadi PM, tetapi kini mereka berpeluang untuk berselfie, berjabat tangan, bercakap dengan Najib dan melihat dari dekat bibir merahnya. Sikap atau penerima orang Melayu kepada kaum bangsawan masih belum berubah. Mereka mudah teruja dan menganggap apa yang dilakukan oleh bangsawan sebagai benar dan mereka perlu tunduk hormat. Feudalisme dalam jiwa Melayu menebal.
Orang Melayu mudah rosak saraf otak mereka lupa kepada lambakan beg Rosmah Mansor, lupa hubungan Najib dengan Jho Low, lupa rampasan wang ratusan juta di rumah Najib, lupa Equanimity yang sedang mereput di Langkawi. Ini berlaku mungkin kerana suka sangat makan akar kayu, pasak bumi atau akar selawar hitam untuk kuatkan "budak".Keadaan ini, turun menjelajah ke bawah tidak ada kepada pemimpin PH kini. Masing-masing sibuk dengan urusan kerajaan. Kalau pun ada yang tidak sibuk tetapi kerja-kerja seperti Najib lakukan itu kurang dilakukan lagi.
Misalnya Anwar Ibrahim ada kesempatan untuk berbuat seperti Najib, meneruskan kerjanya berjumpa dengan segenap lapisan masyarakat, masuk ke tanah-tanah rancangan, Felda, Kada, Mada dan lain-lain tetapi tidak dilakukan. Anwar sejak bebas ini banyak terbang daripada duduk. Bersambung
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.