Hadi dan Pas masih hidup di zaman 60an?
Oleh WEE TAI
Hadi dan Pas ni betul-betul masih hidup dalam zaman 60an. Apa tidaknya? Dia rasa dia boleh berbohong dan menipu semua orang di semua masa.
Hadi dan Pas ni betul-betul masih hidup dalam zaman 60an. Apa tidaknya? Dia rasa dia boleh berbohong dan menipu semua orang di semua masa.
Di tahun 60an begitulah. Rakyat boleh ditipu, dibohong
kerana rakyat tidak terdedah kepada sumber maklumat. Kalaupun ada, tidak
sepantas sekarang ini. Dan tradisinya masyarakat melayulah yang senang
dibohong kerana majoriti di luar bandar ketika itu.
Tapi sekarang dah berbeza. Maklumat dihujung jari! Hanya
perlu ketik di telefon, maklumat akan terpapar. Apa lagi dengan
kelajuan internet? Maklumat dari mana sahaja boleh dicapai sepantas
kilat.
Apa lagi maklumat dan berita tempatan. Malah rakyat
Malaysia tak perlu lagi ‘menghambakan diri’ dengan media arus perdana
yang tradisinya dari zaman Umno/BN merupakan media propaganda kerajaan.
Bila A di Malaysia mengata tentang si B. Si B akan cepat
membalas dan membetulkan walaupun si B berada jauh di London. Itulah
dunia global tanpa sempadan! Semua kita harus menyedarinya.
Itu tidak berlaku kepada Hadi dan Pas. Hadi dan Pas
sedang mengidap penyakit AIDS – Acute Incapability Denial Syndrom. AIDS
yang sangat kronik. Dan kini telah menular di kalangan lebai dan
ahlinya.
Bukan itu sahaja. Sanggup pula mencemar kesucian Islam
dengan BPS – Bohong Patuh Syariah demi parti. Malah BPS ini dah jadi
ratib harian di masjid dan surau seluruh negara untuk menegak benang
basah.
Bermula dengan rakaman audio Nik Abduh. Mula-mula
menafikan dan sanggup keluarkan kata sumpah terhadap ‘pemfitnah’nya.
Kemudian menjilat ludah sendiri. Sanggup pula Nik Abduh mendakwa yang
dia berbohong kerana presidennya, Hadi minta dia berbohong.
Lebai-lebai semua berpencak silat lidah mengeluarkan
dalil di surau dan masjid mengatakan bohong itu adalah sebahagian dalam
Islam. Hancur dan buruk imej Islam dibuatnya!
Mutakhir tentang bayaran RM1.4juta terhadap Sarawak
Report. Setelah Anwar Ibrahim mendedahkannya, lebai-lebai tampil dengan
sepak terajang lidah menghentam Anwar dan menafikannya.
Tapi bila pemilik SR, Clare Rewcastle_Brown mendedahkan
perkara sebenar yang mendakwa dia menerima bayaran itu dari seorang
tokoh koprat yang mewakili Hadi dan Pas, terkejut beruk sekejap
lebai-lebai semua.
Anehnya, Hadi tetap hidup dalam zaman 60an. Dua malam
lepas di Marang Hadi menafikan yang dia dan Pas membayar SR RM1.4juta.
Memanglah bukan dia. Tapi ‘kawannya’ orang koprat yang mewakili bagi
pihak dia.
Tak sampai sehari, Clare SR mencabar Hadi untuk
menyatakan segala terma sulit yang terkandung dalam penyelesaian luar
mahkamah mereka.
Kalau Hadi tidak menjawab cabaran Clare SR ini,
terbuktilah Hadi ini pembohong besar. Bukan sahaja pembohong, tetapi
menyuruh lebai seperti Nik Abduh dan ahlinya untuk berbohong. Kesian
ahli Pas dibohong dan ditipu hidup-hidup.
Hadi kata dia dan Pas tidak mempunyai duit sebanyak itu.
Bukan semua tak tahu. Pungutan derma Tin Milo telah dilakukan semasa
kes sedang berjalan. Mengikut Zuhdi, Ketua Penyelidik PAS, mereka telah
berjaya mengutip RM2.5juta ketika itu.
RM2.5 lebih dari RM1.4juta. Tak mungkin tokoh koprat itu
nak gunakan duit dia sendiri? Boleh lah kalau tak sebanyak itu sekitar
ribuan ringgit. Mungkin itulah duit Tin Milo yang digunakan untuk
lepaskan Hadi.
Cukuplah Nik Abduh berbohong. Cukuplah Hadi berbohong.
Cukuplah ratib bohong lebai-lebai di surau dan masjid. Dan kepada
ahli-ahli Pas, cukuplah anda dibohong dan diperbodohkan oleh pemimpin
kalian.
Dan cukuplah kesucian Islam tercemar dan menjadi buruk oleh Parti yang memperdagangkan Islam untuk kelangsungan politik mereka.
Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan dan ROS mengkaji semula penggunaan perkataan Islam pada nama PAS itu!





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.