Implikasi dan kesan Pirake Semenyih kepada PH dan BN
Oleh Mohd Sayuti Omar
PIRAKE Semenyih memberi signifikan tersendiri kepada dua parti PH dan BN. Keputusan dan perjalanan pilihan raya itu perlu diambil perhatian oleh kedua-dua parti demi kepentingan masing-masing.
Pakatan Harapan (PH) sebagai parti kerajaan sangat-sangat perlu menjadikan pilihan raya itu sebagai bukan sahaja, bahan kajian akademik tetapi detik untuk mula bertindak secara agresif untuk menyelamatkan keadaan.
Perlu bagi PH meneliti dari segenap aspek kepada hasil dan kesan pilihan raya berkenan. Ia tidak boleh dipandang ringan atau menganggap ia kes terpencil. Jika ini diterima oleh PH, gabungan itu hanya akan jadi kerajaan setakat sepenggal sahaja. Tidak mustahil.
Catan kedua ini sebagai sambung catatan sebelum ini. Untuk ini saya akan bercakap berkisar PH terlebih dahulu. Mengenai BN kemudian. Prioriti kepada PH ini diberikan kerana PH parti yang memerintah. Di sinilah kelebihan parti memerintah? Diharap sebahagian apa yang diutarakan di sini diambil sebagai mauduk untuk dibincang dalam bedah siasat pilihan raya itu yang hendak dibuat oleh PH.
Status sebelum mengundi.
Empat hari sebelum pengundian awal (26 Februari) dijalankan saya telah membuat status dalam Facebook saya berupa amaran dan juga pandangan seperti berikut:
ENAM PERKARA PERLU DISEGERAKAN JIKA PH KALAH DI SEMENYIH
Sekiranya Pirake Semenyih pada 2 Mac ini Bersatu gagal mempertahankan kerusi, PH perlu melakukan beberapa perkara dengan segera. Kekalahan itu bakal menjadi detik permulaan awal menakutkan PH sekiranya tidak dilakukan perubahan.
1. Semua pertuduhan ke atas Najib Razak perlu disegerakan. Dengan puluhan tuduhan itu Najib diharap akan diringkukan dalam penjara.
2. Begitu juga dengan Rosmah Mansor, Zahid Hamidi, Adnan Mansor, dan lain-lain. Mereka semua juga perlu diadili dan hendaknya biarlah mereka dihukum.
3. Dr Mahathir perlu merombak kabinet dalam masa terdekat untuk menjadikan kabinetnya lebih effeksyen.
4. Sebaik-baiknya Dr Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, dalam tempoh kurang dua tahun sebelum pengaruh Umno dan Pas membesar dan rakyat menjadi makin marah dengan PH.
5. PH perlu menyusun organisasi, menggabung dan membentuk ideologi nasional yang dilihat sebagai sebuah komponen bergerak secara bersama lebih kemas, mantap dan berkesan. Hakis sifat kepartian dalam PH.
6. PH juga perlu mengistyharkan bahawa Umno dan Pas sudah sahih bergabung, dalam pada itu tidak perlu ada “hangky pangky” lagi dengan mana-mana pemimpin daripada kedua dua parti itu.
Sekiranya PH tidak berbuat antara enam perkara ini, tidak mustahil PH akan menjadi kerajaan hanya sepenggal sahaja. Dan tidak mustahil juga Najib boleh mencatat rekod menjadi PM kali kedua seperti Dr Mahathir
Enam perkara yang saya sebutkan itu adalah antara perkara yang perlu diatasi segera. Nasib malang bakal diterima PH bukan sahaja bergantung kepada enam perkara itu sahaja, tetapi masih ada berbagai elemen lain lagi termasuk kebebasan tanpa batas media massa yang kini dijadikan "masjid" dan "surau" tempat menabur fitnah.
Selain itu ia juga boleh berlaku disebabkan faktor luaran yang sukar dijangkau. Tetapi enam perkara itu penting dan ia dapat direnungi oleh banyak orang.
Kenapa kalah?
Kenapa dalam gumpalan tajuk status itu saya menggunakan konotasi JIKA PH KALAH? Mudah sahaja, sebab dalam pengamatan saya pada pilihan raya itu, berpandukan pengalaman dengan melihat semangat, gerak kerja, suasana ia tidak memberi "stimulasi" PH akan menang.
Kekuatan semangat dan keghairahan untuk berpilihan raya ada kelebihan kepada pembangkang BN. Kemenangan di Cameron Highlands memberi tonik azimat kepadanya. Kerjasama sama BN dengan Pas menambahkan keyakinan mereka dan inilah kunci sakti menyebabkan PH kalah. Maka saya memberi peringatan itu kepada PH untuk melakukannya enam perkara itu jika PH kalah.
Ternyata selepas pengundian dijalankan PH kalah. Calon PH Mohamad Aiman Zainali ditwaskan oleh calon BN Zakaria Hanafi yang disokong padu oleh Pas. Aiman mendapat 17,866 sementara Hanafi mendapat 19,780. Hanafi menang dengan majoriti 1,914.
Daripada enam perkara yang saya sebutkan itu ada perkara penting yang memberi kesan langsung kepada PH menyebabkan parti itu tidak mendapat sokongan rakyat. Perkara itu ialah perkara 1 yang berangkaian dengan perkara 2. Perkara ini perlu disegerakan.
Najib telah dituduh dengan puluhan (26) tuduhan di mahkamah. Dan beliau juga sudah turun naik ke mahkamah beberapa kali. Apa yang berlaku ke atas Najib itu diperihati penuh minat dan tidak salah kalau dikatakan ada rakyat yang seronok dan gembira kalau belau dihukum.
Berdasarkan pertuduhan dikenakan ke atas Najib dan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Teuku Adnan Mansor, Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Azeez Rahim dan isterinya Rosmah Mansor ia melibatkan wang negara yang banyak. Kepincangan ekonomi sekarang ini, keruntuhan intitusi pembangunan sosial masyarkat, seperti Felda, Tabung Haji, dan lain-lain adalah disebabkan jenayah dilakukan oleh Najib bersama rakan-rakannya.
Ironisnya segala pertuduhan itu masih dalam proses perbicaraan. Situasi ini memberikan gambaran Najib masih belum bersalah. Kelambatan proses perbicaraan itu menjadikan orang ramai mula melihat apa yang berlaku itu sebagai satu penganiayaan terhadap bekas PM berusia 65 tahun itu. Di celah-celah itu direka cerita kononnya Dr Mahathir sengaja membuat pertuduhan itu untuk menyusahkan Najib kerana dendam?
Orang bijak dapat menilai sejauh mana benar dan tidak tuduhan itu. Untuk apa Dr Mahathir berdendam dengan Najib, bukankah kerajaan BN sudah jatuh dan Najib dah jadi PM. Yang seharusnya menyimpan dendam berbara ialah Najib bukannya Dr Mahathir. Dari sudut lain pula, tanpa menyegerakan keputusan bicara ke atas Najib serta mengenakan apa-apa sekatan, menjadikan beliau boleh bergerak bebas. Najib boleh bersuara apa sahaja yang beliau hendak bersuara menyatakan sesuatu termasuk yang beliau tidak tergamak untuk memperkatakan semasa memegang kuasa dahulu. Beliau bebas mengkritik dan menggunakan landasan demokrasi sebebasnya tanpa sedikit ada rasa malu.
Jadi burung Hantu.
Sedar atau tidak kebebasan ini dijadikan modal. Kebebasan yang ada kepada Najib dikomersialis, dijadikan modal oleh BN untuk membangkitkan semangat rakyat setidak-tidaknya dikalangan ahli dan penyokong BN. Najib dijadikan persis burung Hantu (Owls) untuk menarik perhatian burung-burung lain. Kepada sang pemikat burung, tahu kegunaan burung Hantu ini. Ia dijadikan umpan atau denak untuk menarik perhatian burung-burung lain kemudian dimangsakannya.
Rupa burung Hantu ini unik, (huduh) sebab itu ia dipanggil "hantu". Tetapi ia ada guna tersendiri bagi mereka yang bijak mengeksploitasikannya. Dengan rupa yang huduh itulah dia dijadikan penarik kepada burung-burung lain. Begitu melihatnya tercongkol di dahan, maka ribuan burung-burung akan datang mendekati, mengeliling dan menegurnya. Semua datang untuk melihat keunikan itu. Dan kepada sang pemikat, disaat inilah dia mengambil kesempatan untuk memerangkap burung-burung lain yang datang itu.
Dipasagnya jerat, perangkap dan pasang getah disekeliling burung hantu menjadi denak itu. Apabila burung lain datang hinggap, mereka akan termasuk dalam jerat atau terlekat getah. Semuanya akan terperangkap dalam jerat sang pemikat yang licik itu. Apa lagi burung-burung yang menjadi mangsa itu diambil, disembelih dan digulai (bila dah masak boleh diajak sama orang parti agama makan). Ops..!
Nah begitu juga dengan Najib Razak. Dia sudah dijadikan umpan oleh BN untuk menarik perhatian umum yang laksana beburung tertipu itu. Tuduhan-tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 billion yang dikenakan ke atasnya, telah menghuduhkan rupanya. Najib dilihat sebagai penjenayah belum terdakwa. Namun disebabkan tuduhan belum berakhir, menyebabkan beliau menjadi perhatian. Tuduhan itulah memberi keunikan kepadanya. Orang ramai masih berteka teki sambil menegur dan mengelilinginya dengan pertanyaan apakah Najib benar salah atau tidak dan keadaan itulah menjadikan beliau persis seperti burung hantu.
Justeru sangat perlu bagi kerajaan PH menyegerakan tindakan ke atas Najib. Cadangan ini bukan untuk menganiaya, tetapi PH perlu menyelesaikan perkara ini yang telah jadi polemik. Kita tidak mahu Najib berterusan menjadi denak burung hantu.
Kelambatan tindakan ini menimbulkan implikasi. Di luar sana timbul persepsi kerajaan PH, khususnya Dr Mahathir menganiaya Najib.
Apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim sebelum ini dijadikan sebagai contoh dan bukti untuk menuduh bagaimana kejamnya politik Dr Mahathir. Agen-agen Najib sedang menjaja Dr Mahathir melakukan hal sama ke atas Najib sama seperti dilakukan ke atas Anwar.
Kesegeraan memutuskan segala tuduhan dan dakwaan terhadap Najib juga, adalah suatu keadilan untuk Najib berdasarkan prinsip undang-undang. Orang ramai ingin mengetahui apakah semua tuduhan itu bukan sahaja berasas, sebaliknya benar dan Najib boleh dihukum dengan sebarang hukuman. Sekiranya tuduhan itu hanya satu tindakan "hukum gantung tidak bertali", ia menyeksakan Najib dan tindakan itu adalah sebagai tidak adil. Ini satu kezaliman. Persoalan ini bermain dalam kepala orang ramai kini dan ia perlu digeserkan segera.
Dr Mahathir terutamanya perlu melihat perkara ini sebaik mungkin. Tuduhan ke atas Najib dan lain-lain juga jangan dijadikan helah politik. Kalau ia motif politik ia sangat tidak bermoral. Dr Mahathir akan dinobatkan sekali lagi sebagai Mahafiraun. Kerajaan PH yang didewa-dewakan sebagai kerajaan baharu berintegriti tentu tidak layak dituduh sama seperti kerajaan BN di era Dr Mahathir dahulu.
Reformasi yang diingini oleh rakyat bukan sahaja membeteraskan kebejatan dan keburukan, membaik pulih (good governance) tetapi juga reformasi ke atas tindakan kepada mangsa politik secara jujur dan profesional.
Kita memahami dan ini sering diucapkan oleh Dr Mahathir, proses pendakwaan ke atas Najib bukan mudah. Ia memerlukan masa panjang dan penelitian yang rapi kerana segala bukti-bukti untuk mensabitkan Najib sedang dalam pencarian. Kita faham akan hal ini, Najib dan gengnya semasa hendak melakukan perbuatan (jenayah) itu tentu sudah merancang sebaik mungkin bagaimana hendak melindungi segala bukti dan dalil sekiranya mereka didakwa kelak. Najib tentu sudah memikirkan hal ini.
Pada saya selagi Low Taek Jho (Jho Low) tidak berjaya diheret ke Malaysia beberapa kes pertuduhan ke atas Najib tidak mudah diselesaikan. Dan Jho Low pula akan dapat diheret pulang setelah wang yang disamun itu sudah habis.
Pun begitu pengakuan dan realiti itu bukan alasan. Apabila Najib sudah dipertuduh apa yang orang ramai ingin tahu ialah kesudahan dengan pertuduhan itu. Berapa tahunkah laki Rosmah itu akan diringkukkan ke dalam penjara dan berapa sebatan perlu dikenakan?
Sekiranya Najib dikandangkan dengan apa-apa hukuman mengikut kesalahan dalam pertuduhan itu, beliau tidak lagi akan jadi burung Hantu yang bebas bergerak. Beliau akan tersendur sunyi dalam kandang penjara. Saat ini burung-burung lain yang teruja atau ingin mendekatinya, pasti sudah hilang minat dan berasa malu sendiri. Keunikan yang disangka itu tidak lagi menjadi daya tarikan sebaliknya akan bertukar menjadi daya membencinya.
Kesimpulannya untuk catatan ini Dr Mahathir perlu menyudahkan tindakan ke atas Najib. Dan sekiranya pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan segala tuduhan itu, disarankan agar semua pendakwaan ke atas Najib itu ditarik balik.
Dengan apa yang berlaku sekarang ini, rakyat tertanya-tanya kebenaran pertuduhan ke atas Najib dan dalam masa sama ia dianggap menyeksakan batin Najib juga walaupun dia boleh difungsikan sebagai denak burung hantu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.