https://critoxium.com/shop/

Terkini

Media, mahasiswa diganasi, 'itu tidak boleh diterima', kata Gobind

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Menteri Komunikasi dan Multimedia meminta semua pihak termasuk pemimpin Umno supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap wartawan.

Gobind Singh Deo berkata mereka yang tidak bersetuju dengan tulisan wartawan boleh menerangkan fakta atau membuat tulisan balas bahkan jika perlu “saman mereka”.

“Tapi tolong jangan bertindak ganas atau caci maki. Itu tidak boleh diterima,” katanya di Twitter hari ini, dipercayai merujuk perbuatan dua penyokong Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, mereka mengganggu dua pelatih Malaysiakini lantaran mereka tidak senang dengan laporan berita berkaitan bantahan mahasiswa terhadap bekas perdana menteri.

Ahli parlimen Puchong juga mengecam perbuatan mereka terhadap mahasiswa yang dikasari ketika membuat bantahan terhadap program “Sembang Santai Bosku” di sini.

“Tidak perlu semua ini. Kita kena bersatu melawan keganasan. Mereka yang mengambil tindakan sedemikian (bertindak ganas) harus diangkut (tangkap),” kata beliau lagi.

Gobind turut melampir pautan berita sebuah portal yang memaparkan foto ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam cuba mengoyakkan karikatur muka badut Najib.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.