Pembatalan ceramah perdana bukan arahan kerajaan negeri - EXCO
JOHOR
BAHRU: Kerajaan Johor menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh
mereka bertanggungjawab membatalkan ceramah perdana membabitkan dua
pendakwah terkenal di Dataran Kampung Parit Tengah Mukim 8, di Ayer
Hitam, dekat sini, malam semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan, berkata tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak benar malah sengaja ditularkan pembangkang bagi menggambarkan kerajaan negeri zalim dan kononnya tidak mahu ceramah agama diadakan.
Katanya, kebenaran sudah diberikan untuk ceramah perdana oleh Ustaz Kazim Elias dan PU Rahmat Ikhsan Sofyan itu dijalankan, namun ia dibatalkan penganjurnya, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).
“Ia berikutan pihak tidak bertanggungjawab iaitu pembangkang mengambil kesempatan terhadap ceramah perdana anjuran syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri itu dengan menipu kononnya ia adalah anjuran bersama mereka.
“Padahal ia adalah anjuran WANCorp dengan tajuk ‘Waqaf Melahirkan Keluarga Sakinah’ dengan pendakwah undangan adalah Ustaz Kazim Elias, namun ia ‘diceroboh’ pembangkang yang bukan sahaja mendakwa ia anjuran mereka malah seperti mengambil alih majlis berkenaan.
“WANCorp sebagai anak syarikat kerajaan negeri kemudian memutuskan untuk membatalkan acara berkenaan kerana tidak mahu ia dikaitkan dengan parti pembangkang selain tidak mahu acara anjuran mereka terkait dengan politik selain tidak mahu ia memecah belahkan masyarakat, ” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Semalam, video berdurasi 2 minit 25 saat viral di media sosial memaparkan seorang individu memberitahu hadirin yang hadir bahawa majlis ceramah perdana berkenaan dibatalkan kerajaan Johor.
Difahamkan, kedua-dua penceramah jemputan itu sudah tiba di lokasi ceramah sebelum dimaklumkan pembatalan program berkenaan pada saat-saat akhir.
Sementara itu, WANCorp menerusi satu kenyataan di sini, menjelaskan pembatalan majlis ceramah perdana oleh Ustaz Kazim dan PU Rahmat, dibuat selaras dengan peraturan syarikat itu yang tidak mahu terbabit dengan mana-mana unsur politik dalam sebarang aktiviti anjurannya.
WANCorp berkata, pembatalan ceramah itu selepas berlaku penularan poster ceramah berkenaan yang mengaitkan penganjurannya dengan parti politik tertentu sedangkan WANCorp adalah sebuah badan dan institusi berteraskan Islam untuk kebajikan sosial masyarakat.
“WANCorp turut menafikan pembatalan majlis ceramah agama itu adalah atas arahan Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, WANCorp merakamkan permohonan maaf kepada masyarakat setempat di atas kesulitan yang berlaku susulan kepada pembatalan ceramah tersebut,” menurut kenyataan terbabit.
Pada masa sama, WANCorp akan meneruskan siri ceramah Ustaz Kazim seperti yang dijadualkan tertakluk kepada peraturan dan garis panduan tertentu selaras dengan peranan institusi berkenaan untuk terus menyebarkan manfaat kepada masyarakat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.