Politik Bantal Masam Orang Melayu
Oleh Mohd Sayuti Omar
Ekoran kekalahan calon PH dalam Pirake Semenyih semalam, saya membaca banyak komen2 dalam media sosial yang meletakkan kesalahan itu antaranya kepada kerajaan kerana pendekatan politik yang terbuka dan konon berintegriti. New politic.
Rentetan itu ada yang marah dan kecewa dengan sikap orang Melayu yang berpatah balik kepada BN - Umno.
Saya ingin memberi pandangan berkaitan dua subjek ini. Memang pendekatan kerajaan PH yang terbuka, cuba mengamalkan politik berintegriti, dan proses pilihan raya (demokrasi) seperti dituntut Bersih, telah memberi kesan buruk kepada kerajaan PH.
Pendekatan itu (yang idealis dalam game politik) nampaknya telah mengigit jari PH. Perubahan sistem dari jahat kepada baik tidak mudah diterima. Apakah fiil ini bersifat sementara atau pun akan kekal sehingga Piraum ke 15?
Mengenai hal ini, walaupun saya terima cara politik terbuka begitu, tetapi ia tidak memberi keuntungan kepada PH kerana bukan semua rakyat faham dan menerima politik terbuka, yang profesional dan demokratik. Bagi saya ia adalah idealis bukan praktikal dalam kerangka politik bangsa Melayu, justeru ia perlu dikaji semula.
Ikhlas dikatakan ketelusan (idealis) begitu belum masa lagi untuk dipraktikan di negara ini khasnya di kalangan bangsa Melayu yang jika dibandingkan qualiti mereka dengan Barat jauh jaraknya.
Amalan keterbukaan itu - tanpa mahu menggunakan kuasa yang ada kepada kerajaan, samalah dengan memberikan pisau kepada kanak-kanak.
Mereka tidak tahu menghargai pemberian itu dan akan digunakan mengikut kehendak mereka hatta membunuh si pemberi pisau itu. Di sini yang baghralnya, bukan kanak-kanak tetapi pemberi pisau itu.
Ertinya pendekatan dan politik terbuka belum masa untuk diserahkan bulat2 kepada rakyat.
Manakala orang Melayu yang berpatah balik kepada BN, kononnya kecewa kepada kerajaan PH walaupun usianya baru 10 bulan, itu sikap yang ada kepada orang Melayu yang semua mahu sesuatu itu cepat.
Sikap inilah mengagalkan Melayu selama ini. Tidak sabar dan tidak reti menilai. Orang Melayu gagal untuk membuat penilaian ke atas sesuatu itu secara rasional. Mereka lebih disendaki oleh emosi, tahyul, mempercayai sesuatu yang tidak sahih. Lemah dalam berfikir.
Cara berpolitik patah balik orang Melayu ini sama dengan pemeluk bantal masam atau politik gilakan sangkak.
Orang Melayu tidak boleh tinggal Umno dan Pas kerana kedua parti itu umpama bantal masam bagi kanak-kanak.
Bila sudah terlekat dan menghidap gian bantal masam ini, mereka akan merinduinya hingga sanggup dibawa ke mana-mana. Jadi orang Melayu dengan Umno khasnya samalah dengan budak dengan bantal masam, atau ayam dgilakan sangkak lamanya.
Betapa pun PH hendak menyalin bantal tidurnya dengan yang baharu, material yang bagus, namun bantal masam juga menjadi kesukaan mereka.
Bila masa mereka akan meninggalkan bantal masam ini, tunggulah saat mereka hendak kahwin atau berumah tangga, itupun masih ada yang mendodoi bantal masam membawanya hingga ke bilik pengantin dan curi-curi menghidunya. Jadi politik orang Melayu adalah politik bantal masam, ia adalah budaya dan sinonimas dengan bangsa Melayu, tidak kira dari golongan mana mereka.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.