https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rakyat kecewa melihat tingkah laku sesama pemimpin PH

Oleh Zaidi Ab Halim

 Kalau menteri-menteri tak paham lagi, masih tak reti bahasa dengan isyarat rakyat dan merasa menyampah dengan teguran saranan rakan-rakan yang ikhlas maka tunggulah.

Tunggulah saat dahi kalian ditunjal. Dan akan mendapat ucapan padan muka terutama dari orang seperti saya.

Menteri Amanah sebagai contoh, kesemuanya diberi kepercayaan memegang kementerian utama dan dekat dengan rakyat. Jika kelebihan ini tidak digunakan sebaiknya, maka tunggulah. Pasti dahi kalian ditunjal rakyat.

Saranan dan teguran dari orang seperti saya hanya dijawab dengan sinis dan nasihat agar jangan merajuk dalam perjuangan. Bahasa tinggi kamu tidak menjadikan rakyat kenyang.

Kerana itulah telah lama saya mengambil dua keputusan:

1. Tidak akan menegur lagi menteri komunikasi kerana memang tindakan mencari populariti dan kaedah memposisikan diri yang beliau ambil di kementerian awal-awal lagi telah tersalah.

2. Saya tidak akan menghadiri lagi mana-mana majlis menteri di Kelantan. Keputusan ini saya ambil selepas mengajukan 6 soalan dalam dialog bersama YB Khalid Samad tahun lepas.

 Bagi saya, sikap beliau mewakili sikap semua menteri Amanah. Menanggap kritikan sebagai peluru yang membunuh.

Jangan merasa besar dengan sumbangan yang kita berikan kepada perjuangan ini. Kerana masih ramai lagi orang kecil lain yang juga menyumbang dengan apa yang mereka ada. Seringgit mereka tidak sama dengan seringgit yang ada di tangan kita.

Penting juga ialah, rakyat kecewa melihat tingkah laku sesama pemimpin PH yang dinilai mementingkan diri, kelompok dan tidak sederap dalam melangkah untuk mengukuhkan gagasan Malaysia Baharu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.