https://critoxium.com/shop/

Terkini

Laporankan kepada polis ,kalau ada yang hina Islam

Saya menerima sejumlah rungutan orang awam berkaitan posting-posting yang bersifat menghina Islam di media sosial. Saya tegaskan sekali lagi, kerajaan memandang serius hal ini dan pihak kami akan mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan.

Namun, dalam proses ini saya juga menyeru orang ramai untuk membuat laporan polis bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak. Bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan bertindak berkongsi posting-posting dan juga screenshot tersebut.

Jika kita sayangkan Islam, jadilah ummah yang cakna. Buat laporan ke balai polis terdekat untuk membantu pihak berkuasa bertindak.

Saya ulangi, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam mahupun agama-agama lain dan juga kaum. Bersama kita membina negara yang lebih sejahtera. Sebuah negara RAHMAH yang kita cita-citakan.

Dr Mujahid Yusof Rawa

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.