LIMA akaun bank yang ada kaitan dengan pemimpin PAS dibekukan bagi
membantu siasatan berhubung dakwaan pemimpin parti Islam itu menerima
dana RM90 juta daripada Umno, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Sumber berkata satu akaun milik individu manakala empat lagi atas nama yayasan dengan simpanan keseluruhan RM2.3 juta.
Sumber tertinggi SPRM itu juga memberitahu agensi itu menyita tiga
kenderaan mewah masing-masing jenis Toyota Vellfire, Range Rover dan
Mini Cooper serta sebuah rumah kedai bernilai RM2 juta.
“Wang tunai turut dirampas namun ia tidak dapat didedahkan jumlahnya buat masa ini,” kata sumber
“Masih ada kira-kira tujuh pemimpin PAS yang akan dipanggil berhubung
siasatan dan jika perlu kami akan minta mereka kemukakan dokumen
masing-masing bagi menyokong pembelian harta mewah di bawah nama
mereka,” katanya.
Agensi anti rasuah itu menyiasat beberapa pemimpin PAS berhubung
dakwaan wang berjumlah RM90 juta disalurkan kepada mereka oleh Umno
sebelum pilihan raya umum yang lepas. Wang itu dikatakan terkait dengan
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akaun bank yang dibekukan bagaimanapun tidak melibatkan akaun milik PAS selepas SPRM minggu lalu mengesahkan tiada duit yang dikatakan dari 1MDB masuk ke akaun rasmi parti Islam itu melalui Umno.
Siasatan SPRM setakat ini mendapati wang berkenaan “dibersihkan”
dengan memindahkannya dari satu akaun ke akaun lain, melibatkan beberapa
akaun, sama seperti taktik dalam pengubahan wang haram, kata sumber.
Dua hari lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan aset pemimpin partinya dibekukan atau disita.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga dua hari lalu disoal siasat SPRM
mengenai dakwaan beliau memiliki beberapa kereta dan motosikal mewah
selain nombor pendaftaran kenderaan yang eksklusif.
Selepas Takiyuddin, SPRM semalam memanggil Mursyidul Am PAS Hashim
Jasin untuk diambil keterangannya di pejabat SPRM di Kangar, Perlis.
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Mohd Nasir Daud pula memberi
keterangan di pejabat SPRM di Kota Bharu, Kelantan.
Hashim yang disiasat lebih kurang dua jam berkata beliau ditanya
mengenai kereta mewah jenis Porsche Cayman. Beliau mengulangi kenyataan
awalnya bahawa kereta itu dibeli oleh anaknya beberapa tahun lalu,
menggunakan Permit Import (AP) beliau sebagai wakil rakyat. SPRM
sebelum ini mengambil keterangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada 8 Februari lalu. – Gambar fail The
Malaysian Insight, 2 Mac, 2019.
Di Kota Bharu, Mohd Nasir turut mengesahkan kepada wartawan beliau
dipanggil untuk siasatan berhubung kes dana RM90 juta tersebut.
“Saya ditanya tahu atau tidak tahu (tentang duit RM90 juta), saya kata memang saya tak tahu,” katanya, semalam.
SPRM sebelum ini sudah mengambil keterangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada 8 Februari lalu.
Ahli Parlimen Bachok itu disahkan oleh pimpinan PAS sebagai individu
yang bercakap dalam satu rakaman suara mendedahkan adanya wang dari Umno
untuk parti Islam itu. Rakaman itu tersebar kira-kira dua bulan sebelum
PRU14.
Dua lagi yang disiasat merupakan bekas pemimpin PAS iaitu bekas
timbalan presiden Nasharudin Mat Isa juga pada 8 Februari dan bekas naib
presiden PAS Husam Musa, sekarang naib presiden Amanah, dua minggu
kemudian.
SPRM memulakan siasatan susulan laporan orang awam selepas Presiden
PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman ke atas pengarang Sarawak
Report Clare Rewcastle-Brown berhubung tulisannya pada Ogos 2016 menuduh
PAS menerima duit dari Umno.
Minggu lalu juga, Sarawak Report mendedahkan wang daripada Umno itu
digunakan oleh PAS untuk menampung pembiayaan kos menyertai PRU14.
Dalam PRU14, PAS bertanding 158 kerusi Parlimen dan 393 kerusi negeri
sehingga memaksa pertembungan tiga penjuru bersama Barisan Nasional
(BN) dan Pakatan Harapan (PH).
SPRM beku 5 akaun bank pemimpin PAS bantu siasatan RM90 juta
Reviewed by editorreformis
on
Mac 02, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.