Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan baru-baru ini partinya akan
bergabung dengan Umno menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan
datang.
Pengumuman Hadi itu menunjukkan beliau kini bukan sahaja
berjaya menguasai PAS, akan tetapi Umno sudah berada dalam genggamannya.
Tidak kedengaran pemimpin-pemimpin Umno membantah pengumuman Hadi.
Mustahil tidak ada langsung pemimpin Umno yang membantah.
Pemimpin
Umno seperti Khairy Jamaluddin yang sebelum ini agak kritikal dengan
kerjasama ini juga dilihat seperti sudah mampu menjenamakan dirinya
sebagai "ustad" tidak lama lagi.
Selepas PRU14, Umno memang
kelihatan sudah hilang arah dan semakin jauh tersasar daripada matlamat
penubuhan asal dan tidak lagi bergerak sebagai parti yang bersifat
sederhana.
Kalau dahulunya Umno mengambil garis sederhana dalam
hal-hal melibatkan agama, di bawah pimpinan Zahid Hamidi - Mohamad Hasan
ini, parti itu kelihatan bersedia untuk mengambil garis keras seperti
PAS.
Mohamad Hasan ketika kemenangannya dalam pilihan raya kecil Rantau.
Perkembangan ini sebenarnya baik untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH).
PH
seharusnya menyokong penggabungan kedua-dua parti itu kerana ia akan
menyebabkan mereka semakin tidak relevan dalam masyarakat majmuk
Malaysia.
Di Malaysia, mana-mana parti atau gabungan politik yang
tidak mendapat sokongan daripada rakyat berbilang kaum, tidak akan dapat
memerintah Malaysia.
PAS tahu tentang perkara ini. Tetapi mungkin mereka buat-buat tak tahu.
Ini
dapat dibuktikan selepas lebih 50 tahun ditubuhkan, kekuasaan PAS hanya
berada di Terengganu dan Kelantan, tidak lebih daripada itu.
Keputusan
PRU14 hanyalah ulangan kepada kejayaan PAS pada tahun 1999 apabila
dapat memerintah Terengganu dan Kelantan selepas bekerjasama dengan
parti Anwar Ibrahim.
Umno bakal ikut jejak PAS
Bergabung
dengan PAS bermakna Umno juga sudah sanggup mengorbankan
sokongan-sokongan bukan Melayu yang mereka perolehi selama ini.
Ini termasuk sokongan daripada penduduk Sabah dan Sarawak yang mereka perolehi dalam BN selama ini.
Kita jangan lupa, jika tidak kerana sokongan Sabah dan Sarawak, Umno sudah hilang kuasa di Malaysia semenjak tahun 2008 lagi.
Dengan
tindak tanduk Umno mengikut jejak perjuangan "PAS ala-Hadi" pada ketika
ini, parti itu tidak akan mendapat sokongan lebih luas lagi malahan
golongan Melayu sederhana yang selama ini menyokong kuat mereka selama
ini akan beralih arah.
Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man ketika pembukaan sesi parlimen sebelum ini
Memang benar hari ini terdapat ketidakpuasan hati masyarakat Melayu kepada kerajaan PH di atas beberapa isu.
Akan
tetapi percayalah, menjelang PRU15 nanti apabila PH selesai menunaikan
janji-janji PRU14 mereka, lembutlah kembali hati mereka.
Jika
dalam setahun PH berjaya menunaikan 39 peratus daripada janji-janji
mereka, selepas tiga tahun, semuanya akan selesai. Paling lama empat
tahun.
Itu belum dikira pada ketika itu apabila pemimpin-pemimpin
tertinggi Umno berada dalam penjara selepas perbicaraan mahkamah
berhubung kes salah guna kuasa, rasuah dan pecah amanah selesai.
Siapa yang akan tinggal pada ketika itu?
Tidak
mustahil paling tinggi pun, jika PAS masih mahukan Umno, mereka akan
bersama kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti Islam itu.
Jika
PAS tidak tamak, dapatlah Umno satu atau dua kerusi exco. Jika tidak,
pemimpin Umno hanyalah Adun penyokong kerajaan Kelantan, tidak lebih
daripada itu.
Sekiranya bekerjasama, satu lagi masalah besar yang akan timbul ialah pembahagian kerusi.
Siapakah
yang mahu mengalah? PAS sudah tentu tidak akan mengalah. Jika tidak
percaya, Umno boleh rujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau mempunyai pengalaman luas semasa bekerjasama dengan PAS semasa memimpin Parti Melayu Semangat 46 dahulu.
Pendek
kata, kempen PH kerajaan sepenggal ciptaan Umno dan PAS hanyalah untuk
menyedapkan hati mereka dan untuk menipu segelintir orang-orang Melayu.
Realitinya,
jika bergabung dengan PAS, kekuasaan Umno hanya di negeri Kelantan, itu
pun sekiranya parti Islam tidak tamak menjelang PRU15 nanti.
Mungkin Umno sudah terlupa, Malaysia ini bukanlah Kubang Kerian!
AMIN
ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan
beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang
penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang
“mungkin” beliau pegang.
Umno pun akan jadi 'parti Kelantan'
Reviewed by editorreformis
on
Mei 18, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.