https://critoxium.com/shop/

Terkini

Radang paru-paru jangkitan biasa, kata Mohd Amar

KOTA BARU, — Penyakit radang paru-paru yang dialami masyarakat Orang Asli suku kaum Batek di Gua Musang merupakan jangkitan biasa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kekurangan makanan berkhasiat menyebabkan suku kaum itu terdedah dengan pelbagai penyakit, lapor Utusan Online.
“Kalau kita ambil pandangan pihak hospital, isu ini isu jangkitan biasa.

“Tambah-tambah dengan kedudukan Orang Asli yang tinggal di pedalaman, kurang makanan dan sebagainya, ia menambah masalah (kesihatan) yang ada,” katanya.

Sementara itu, Mohd Amar turut mempersoalkan statistik yang melaporkan 14 kes kematian sedangkan angka rasmi menunjukkan hanya dua individu.

“Kalau ikut polis pun tak ada rekod, kalau baca kenyataan dikatakan mayat dikebumi secara senyap-senyap sahaja tak ada maklumat yang rasmi dua sahaja,” katanya lagi.

Setakat ini pihak berkuasa masih menyiasat perkara tersebut memandangkan penyakit itu didakwa tersebar melalui udara dan bukan dari air tercemar.

Dilaporkan dua daripada 14 Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang dibedah siasat dan kematiannya disahkan akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.