Kenyataan Timbalan Presiden PAS
Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa parlimen dibubarkan agar dapat
diadakan pilihan raya umum (PRU) amatlah aneh dan tidak
bertanggungjawab.
PRU adalah untuk memilih kerajaan persekutuan
bagi mentadbir negara, bukannya bagi memuaskan nafsu ahli siasah yang
berterusan ghairah berpolitik tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
Dahulu
sebelum PRU ke-14, PAS pernah meminta pembangkang agar Najib Razak
serta Umno-BN diberi tempoh menyelesaikan masalah negara.
Ketika itu negara sedang dilanda pelbagai skandal kesan pentadbiran BN dan Umno selama lebih 60 tahun.
Kini - apabila giliran kerajaan PH memerintah baru setahun - kenapa PAS tidak sabar-sabar lagi minta PRU diadakan pula?
Kalau
memang pun sedang mabuk bercinta dengan Umno, eloklah cuba berlaku
sedikit adil kepada PH. Lagi pun Umno sudah berpeluang lebih 60 tahun
memerintah.
Berlaku adillah wahai PAS.
Bukankah dahulu PAS juga berkata PRU dan pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan kerap kali merugikan rakyat dan negara?
Tumpu keperluan anak muda
Banyak
perbelanjaan dan masalah kewangan negara yang perlu diutamakan serta
diselesaikan sekarang. Misalnya, hutang peninggalan Umno-BN, masalah
Lembaga Tabung Haji dan Felda, isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) dan pelbagai lagi kekangan yang sedang kerajaan
selesaikan.
Bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT), kami sedang menyelesaikan hutang serta liabiliti peninggalan
Umno dalam syarikat perumahan PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Bhd
(SPNB) dan perumahan penjawat awam bagi golongan B40 terutamanya.
KPKT juga merancang menyiapkan 100,000 unit rumah setahun sebagai kediaman mampu milik bagi golongan B40.
Kami
bukan saja sudah menyediakan dasar perumahan khusus untuk rumah mampu
milik, malah menyiapkan dana khas untuk mereka yang kurang mampu.
Tidak
ketinggalan, disediakan skim pinjaman khas melalui syarikat kewangan
sebagai alternatif kepada pinjaman bank yang kadar penolakan pinjaman
begitu tinggi.
Gambar fail
Bagi golongan muda pula kami mengadakan skim sewa milik (rent to own) untuk memudahkan pembelian rumah.
Baru-baru
ini pula kami mengadakan pengecualian kepada peminjam PTPTN yang
disenarai hitam agar anak-anak muda dapat membeli rumah pertama.
Ini
hanya sebahagian daripada usaha KPKT dalam tempoh 12 bulan pertama PH
memerintah untuk menyelesaikan masalah asas rakyat, iaitu rumah pertama
mereka.
Pada masa sama KPKT juga menyelesaikan masalah perumahan anak muda.
Justerus,
adakah adil buat rakyat apabila PAS meminta tumpuan dan sumber kewangan
negara - yang baru setahun melalui PRU - untuk menghabiskan masa dan
dana bagi memenuhi nafsu ahli politik yang tidak habis-habis ingin
merebut kuasa?
Pelabur percaya pada kerajaan
Bilakah
nasib rakyat akan dibela jika inilah sikap ahli politik yang rakus
ingin berkuasa? PRU diadakan lima tahun sekali untuk memberi masa
sekurang-kurangnya sewajarnya kepada kerajaan semasa berkerja dan
membina negara.
Rakyat penat dengan terlalu banyak politik murahan dan mengabaikan usaha membela nasib mereka.
Tuan
Ibrahim adalah wakil rakyat di salah satu kerusi parlimen Kelantan. Ia
adalah negeri yang hampir 30 tahun sudah diperintah oleh PAS.
Eloklah beliau menumpukan masa dan perhatian untuk membaiki nasib rakyat Kelantan yang amat memerlukan pembelaan.
Saranan
beliau untuk mengadakan PRU sekarang juga seolah-olah tidak meraikan
serta menghormati hak anak muda berumur 18 tahun yang perlu sedikit masa
bersedia untuk boleh mengundi.
Usaha kerajaan PH membasmi rasuah,
kronisme, salah guna kuasa melalui tadbir urus baik dengan mengamalkan
sistem tawaran terbuka dan hak kebebasan bersuara telah membawa
peningkatan tinggi pelabuan langsung luar (FDI).
Ia adalah petanda bahawa pelabur asing memberi kepercayaan kepada Malaysia.
Rating
pelaburan dari badan antarabangsa juga meningkat dengan pertumbuhan
dalaman negara lebih baik dari jangkaan asal Bank Negara.
Reformasi positif, keterbukaan serta ketelusan kerajaan PH mulai menunjukkan hasil yang baik.
Jadi,
untuk apa kita harus hentikan kemajuan dan pencapaian baik negara
dengan mengadakan PRU sekarang - seperti yang dikehendaki PAS?
Apakah
motif sebenar desakan Tuan Ibrahim itu kecuali mahu berpolitik
semata-mata tanpa memikir keperluan dan kepentingan rakyat terutama anak
muda.
Umno-BN sudah memerintah Malaysia terlalu lama dan
meninggalkan beban hutang begitu tinggi selain kerosakan nilai parah
secara menyeluruh.
PAS
pula memerintah Kelantan hampir 30 tahun. Tetapi negeri itu masih kekal
dalam kalangan negeri termiskin dan dengan belenggu masalah penagihan
dadah yang begitu tinggi.
Tidak ketinggalan, masalah pembalakan, pelombongan serta pencemaran alam di tahap kritikal serta mendesak untuk selesaikan.
Tempoh sudah diberi - selama 60 tahun untuk Umno di peringkat persekutuan dan 30 tahun untuk PAS di peringkat negeri Kelantan.
Apalah sangat jika dibanding setahun jagung kerajaan baru PH memerintah negara.
Kemahuan
PAS itu bukanlah cara politik matang untuk masa hadapan rakyat yang
perlu pembelaan terutama dalam sektor keperluan asas seperti perumahan,
peluang pekerjaan dan kos sara hidup.
Walaupun dalam keadaan mabuk
bercinta, apa salahnya PAS dan Umno memberi peluang kepada PH mentadbir
negara sehingga penggal yang ada berakhir?
Islam meminta kita berlaku adil dan bersabar dalam semua hal, termasuk hidup bermasyarakat dan berkerajaan.
Meski mabuk bercinta, berlaku adillah wahai PAS
Reviewed by editorreformis
on
Julai 22, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
RAMAI menyedari kelebihan membaca al-Quran dalam kehidupan harian dan ganjaran di akhirat kelak, kerana itu, umat Islam digalakkan unt...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.