https://critoxium.com/shop/

Terkini

Piagam UMNO, Pas tidak sentuh soal pembahagian kerusi

KUALA LUMPUR 30 Julai - Piagam antara UMNO dan Pas yang diluluskan Jawatankuasa Perunding kedua-dua parti tidak menyentuh soal pembahagian kerusi seperti yang dilaporkan sebuah portal semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan bersama berkata, kedua-dua parti itu sebaliknya mempunyai mekanisme tersendiri berhubung perkara berkenaan.

Sehubungan itu kedua-dua pemimpin itu menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi liar tentang piagam tersebut yang akan ditanda tangani pada 14 September nanti.

“Laporan tersebut menyebut kononnya piagam UMNO dan Pas turut memuatkan persetujuan pembahagian kerusi di antara parti dengan nisbah tertentu. 

“Adalah tegas bahawa laporan Malaysiakini tidak benar sama sekali. Justeru, semua pihak diminta tidak membuat spekulasi liar,” kata mereka hari ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.