Pada 1986, saya mengunjungi pejabat akhbar empat bahasa iaitu bahasa
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, memasukkan iklan kecil. Apa yang
mengejut dan mengujakan saya ialah dengan RM20 ketika itu, saya mampu
memasukkan 300 perkataan dalam iklan akhbar-akhbar Cina berbanding
antara 10 ke 14 perkataan dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan
Inggeris.
Sudah tentulah 300 perkataan tersebut menghasilkan
output yang sangat banyak sehinggakan saya terpaksa mencabut kabel
telefon sebab suara saya dan isteri telah serak, gegendang telinga telah
alami dengungan berpanjangan kerana telinga yang terlalu lama melekap
ke telefon (sehingga kami terpaksa berjumpa doktor mendapatkan rawatan)
dan langganan pula telah jauh melebihi kapasiti khidmat yang ditawarkan
kami berdua.
Pengalaman ini, dan seterusnya pemikiran dan kajian
mengenainya, mendorong saya menulis surat kepada Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad supaya tulisan Cina diajar di sekolah-sekolah
kebangsaan kerana sungguhpun mempelajarinya amat sukar lantaran minimum
2000 karakter atau simbol kena dikuasai dengan cara dihafal dan
diulangtulis berkali-kali.
Iklan
Namun
ia menghasilkan kelajuan pembacaan kerana setiap karakter bukan
sebenarnya mewakili suatu huruf tetapi suatu perkataan, ungkapan malah
satu konsep.
Malah karakter itu boleh sahaja dibaca dalam semua
dialek Cina malah dalam semua bahasa, kerana walaupun perkataan yang
digunakan adalah berbeza (terdapat lebih daripada 666 dialek pertuturan
yang berbeza dalam rumpun bahasa Cina), karakter atau simbolnya adalah
sama.
Bagi menjelaskan maksud saya, bila melihat simbol ‘no
entry’ di jalan raya, yang merupakan simbol yang sama yang digunakan di
mana-mana tempat di dunia, semua pemandu memahaminya sama ada disebut
‘tidak boleh masuk ke jalan ini’ (English), ‘jinzhi ru nei’ (Mandarin),
‘cellakkutatu’ (Tamil) atau mamnue aldukhul (Arab).
(Saya yakin
antara faktor yang menyebabkan akhbar-akhbar vernakular Cina terus
mendapat sambutan dalam asakan internet dan telefon pintar sekarang
ialah faktor kepantasan pembacaan tersebut. Seringkali tajuk-tajuk besar
akhbar Cina mengandungi belasan malah puluhan perkataan lantaran ia
boleh diwakili oleh tulisan karakter Cina yang kompak.)
Bertitik-tolak
dari pengalaman dan kajian tersebut, saya seterusnya mendapati bahawa
sebutan perkataan dalam semua dialek bahasa Cina adalah juga pendek,
misalnya, setiap satu daripada nombor 0 hingga 10 adalah mono-syllabic
(menggunakan sebutan satu suku kata), oleh itu membilang, mengingat
fakta dan formula, mencongak, menyelesaikan masalah sama ada di tahap
rendah, tengah atau tinggi adalah jauh lebih pantas lantaran sebutannya
mengambil masa, tenaga dan runtunan tumpuan yang sedikit.
Dari
sini saya merumuskan kaedah Mokhdar. Kaedah ini mempadatkan sebutan
nombor dan ungkapan matematik dalam BM (termasuk ungkapan algebra)
menjadikan sebutan yang paling padat berbanding semua bahasa di dunia.
Sebagai
contoh, nombor 0 ke 100 setiap satunya disebut dengan satu suku kata,
malah terdapat ratusan nombor 3 ke 20 digit yang boleh disebut dengan
satu suku kata.
Sebab itu saya dan hampir semua anak-anak mampu
ingat ratusan malah ribuan nombor telefon tanpa hafal, anak-anak kuasai
darab asas sejak berusia antara 3 ke 6 tahun serta mampu mencongak 2
digit didarab 1 digit ketika berusia 6 atau 7 tahun, nombor kad
pengenalan, nombor akaun bank, nombor top-up talian telekomunikasi dan
sebagainya boleh diingat hanya diimbaspandang menggunakan masa antara
1/2 ke 6 saat.
Tidak hairanlah kemelut pengenalan tulisan jawi ke
sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan segera menarik perhatian saya.
Saya percaya bahawa isu yang menggoyahkan sokongan masyarakat Cina
terhadap kerajaan, malah terhadap DAP yang dalam PRU14 mendapat sokongan
padu dari masyarakat Cina, telah tidak diterangkan sewajarnya.
Kebimbangan
masyarakat Cina terhadap pengenalan tulisan jawi ini bukanlah tidak
berasas. Asas yang paling dijadikan sandaran ialah niat tersembunyi
kementerian pelajaran yang diterajui oleh seorang ‘Cina’ Muslim (bapa Dr
Maszlee Malek (foto, bawah) ialah seorang mualaf dari keturunan
Cina) yang mahu memulakan proses mengIslamkan pelajar-pelajar dari
sekolah Cina yang kebanyakannya adalah beragama Budha dan ramai juga
yang beragama Kristian.
Namun
asas yang tidak kurang pentingnya tetapi kurang dihayati ialah
ketakutan terhadap masa, tenaga dan tumpuan pelajar yang terpaksa diberi
kepada pembelajaran khat jawi dan ini mengurangkan masa, tenaga dan
tumpuan yang sepatutnya diberi kepada subjek-subjek lain yang boleh
menjamin kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan dan juga amat
bermanfaat untuk mempastikan yang pelajar lebih bersedia menghadapi
cabaran masa depan di zaman IT yang sedang mentsunamikan dunia pada masa
kini.
Masyarakat Cina tidak diterangkan bahawa antara
mempelajari tulisan khat Jawi dan kaligrafi Cina adalah, dari segi
kesukarannya, adalah ibarat mendaki ke puncak Bukit Tinggi di Bentong
dengan mendaki ke puncak gunung Everrest.
Tulisan jawi hanya
menggunakan 37 huruf yang boleh pula dipadankan dengan huruf-huruf rumi,
misalnya ج boleh dipadankan dengan J, Ø dengan H, د dengan D dan ذ
dengan Z. Ia boleh dikuasai dalam hanya beberapa jam atau mungkin
beberapa hari.
Kaedah pembacaan juga adalah amat mudah.
Kaedah yang diasaskan oleh RO Windstedt di zaman penjajahan British ini
mempadankan huruf-huruf jawi dengan huruf-huruf rumi sebagaimana contoh
tersebut.
Bila dipaksa belajar tulisan Jawi, ibu bapa pelajar
membayangkan kesukaran, masa, tenaga dan tumpuan yang terpaksa diberi
oleh pelajar sebagaimana kesukaran, masa, tenaga dan tumpuan yang
terpaksa diberi dalam menguasai tulisan kaligrafi Cina, di mana pelajar
perlu menghafal dan mempraktis menulis karakter-karakter Cina pada
bilangan minimum 2000 karakter.
Lebih
merimaskan mereka ialah segalanya itu diberi untuk tujuan yang tidak
praktikal dan pragmatik dalam hala tuju membina masa depan yang
cemerlang buat anak-anak mereka, malah suatu perancangan halus untuk
memulakan proses mengIslamkan anak-anak mereka.
Saya berharap
kemelut ini akan berakhir segera. Kejayaan menggulingkan regim
kleptokrasi yang telah meranapkan hampir segala yang dimiliki oleh
rakyat Malaysia janganlah hendaknya bersusulan dengan kegagalan demi
kegagalan yang akhirnya memudahkan elemen daripada kebobrokan rejim
tersebut kembali menguasai negara.
Saya berharap agar masyarakat
Cina akan membenarkan anak-anak mereka belajar seni tulisan khat Jawi
yang amat mudah ini, malah boleh pula dihasilkan tulisan khat Jawi dalam
stail kaligrafi Cina.
Perpaduan keduanya pasti akan menghasilkan
suatu bentuk seni yang lebih unik dan lebih menarik yang mungkin tidak
akan ditemui di mana-mana negara di dunia.
Dalam pada itu saya
juga mengesyorkan kepada kerajaan agar menggalakkan pelajar-pelajar di
sekolah kebangsaan agar mempelajari dan menguasai tulisan kanji Cina,
yang pastinya lebih mudah dan lebih dinikmati jika ia dilakukan dengan
melakukan latihan-latihan menulis tulisan kaligrafi Cina.
Hasilnya
nanti, pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan, dan sekolah-sekolah lain,
akan dapat membaca pantas dalam tulisan kanji (tanpa perlu mengetahui
sebutan dalam dialek-dialek bahasa Cina).
Dari
sini, pelajar akan dapat menggali sebeberapa banyak input dalam masa
yang amat pantas dengan itu menjadikan mereka lebih bermaklumat bagi
memperkasakan mereka agar jauh lebih mampu bersaing dengan masyarakat
Cina dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
Malah ia juga akan
memperkasakan diri mereka dalam bidang pelajaran kerana latihan
menghafal simbol-simbol dalam tulisan kanji adalah sebenarnya suatu
latihan yang amat baik dalam melatih otak dalam mengingat dan
menguruskan input-input matematik dan saintifik kerana input-input
berkenaan banyak menggunakan simbol.
Di tambah dengan latihan
menghafal ayat-ayat suci al-Quran yang menghasilkan ketenangan jiwa dan
kekukuhan memori, pelajar-pelajar Melayu sendiri akan mara menjadi
bangsa Melayu yang paling cemerlang dalam bidang pelajaran, ekonomi dan
perniagaan di samping tidak melupakan kehidupan abadi di akhirat kelak. MAKHTAR MANSOR
pernah berkhidmat sebagai penolong penggubal undang-undang Parlimen,
majistret kanan Teluk Intan, peguam kanan persekutuan merangkap timbalan
pendakwa raya, dan akhir sekali sebagai pegawai undang-undang pertama
Mahkamah Agung (sekarang ini Mahkamah Persekutuan).
Antara khat Jawi dan kaligrafi Cina
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 06, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Hishamuddin Aun Tidak terhitung rasanya berapa kali seorang pemimpin Bersatu melontarkan cabaran supaya jadi ‘anak jantan’ terhadap i...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.