Asyik cakap pasal peralihan kuasa, nanti timbulkan ketidaktentuan - Tun Mahathir
FUKUOKA: Isu berkenaan peralihan kuasa tidak perlu
diperkatakan secara terus-menerus, kerana dikhuatiri boleh menimbulkan
ketidaktentuan dalam negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad .
Jelasnya, beliau tidak perlu mengulangi pendirian kerana proses peralihan jawatannya sebagai Perdana Menteri tetap akan berlaku.
"Jadi kalau kita terlangsung sangat cerita pasal pertukaran, ramai
orang akan merasa ‘feelings of uncertainty’ (rasa ketidaktentuan). Kalau
tukar, apa jadi?” katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Nikko
Fukuoka pada Khamis.
Terbaharu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021.
Gesaan itu dilakukan apabila genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Pusat.
Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Jelasnya, beliau tidak perlu mengulangi pendirian kerana proses peralihan jawatannya sebagai Perdana Menteri tetap akan berlaku.
Terbaharu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021.
Gesaan itu dilakukan apabila genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Pusat.
Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.