Sekumpulan 20 wakil badan bukan kerajaan (NGO) turun berkumpul bagi
menyerahkan memorandum menyokong pengenalan seni khat dan tulisan Jawi
di sekolah kepada wakil Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina
dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).
Bagaimanapun, hanya seramai tujuh orang wakil daripada kumpulan
NGO tersebut, diketuai Presiden Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra),
Ashraf Mustaqim bertemu dengan tiga wakil Dong Jiao Zong.
Memorandum yang ditulis dalam tulisan rumi dan Jawi itu mendapat sokongan 90 badan dan organisasi dari seluruh negara.
Ia
diterima oleh anggota jawatankuasa pusat Dong Zong, Low Chee Chong di
hadapan pagar, luar bangunan Dong Jiao Zong kira-kira jam 3.30 petang semalam
“Sebagai
negara demokrasi, kita ada pandangan yang berbeza-beza, sebagai satu
pertubuhan, kita hormati semua pandangan. Jadi kita rasa gembira ada
beberapa pertubuhan yang serah memorandum.
“Kita
akan serah memorandum ni kepada pusat jawatankuasa untuk berbincang,
kita akan tengok apa isi kandungan dalam memorandum ini.
"Mungkin
kita boleh ada peluang untuk jelaskan apa pandangan kita. Terima kasih
kepada semua yang datang,” kata Low kepada pemberita setelah menerima
memorandum itu.
Low turut membaca beberapa baris puisi kepada pemberita yang hadir:
"Nasi lemak, roti canai, char kuetiau, kita sukai
Sungai Rajang, Sungai Klang, Sungai Pahang, Kita cintai
Warga negara berbudi, Rakyat Malaysia berbilang, Ringan sama dijinjing, Berat sama dipikul
Pergi pustaka cari ilmu, Dengan ilmu hati tenang, Lain pendapat kita hormati, Luas pandangan kita hayati".
Sementara
itu, Ashraf ketika bercakap kepada pemberita, memaklumkan bahawa hasrat
sebenar mereka adalah untuk berdemonstrasi hari ini, sebagai tindak
balas kepada demonstrasi lain yang dilaporkan akan turut dianjurkan
pihak Dong Jiao Zong.
“Tapi, kita menarik balik demonstrasi
tersebut. Kita biarkannya hanya sekadar menjadi satu penyerahan
memorandum untuk kita santuni pihak Dong Jiao Zong, supaya kita saling
boleh melaksanakan perbicangan lanjutan.
“[...] Cuma saya nak
tekankan, jika ada lagi orang tak menghormati (isu ini), kita mungkin
akan tingkatkan sikit desakan kita, kita akan gembleng lebih ramai
orang, dan kita harap perkara begini jangan lagi orang persoalkan,”
katanya lagi.
Antara NGO yang menyokong memorandum tersebut ialah
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Tindakan Ekonomi
Melayu (MTEM), Generasi Melayu Baru, Biro Kebajikan & Sahabat
Amanah, Biro Keselamatan Armada Nasional, dan lain-lain.
Isu
itu menjadi kontroversi bulan lalu apabila sebahagian masyarakat bukan
Melayu membantah rancangan memperkenalkan enam muka surat mengenai seni
khat dan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah 4 di
sekolah vernakular.
Sementara itu, Ashraf turut melahirkan
penghargaannya kepada beberapa pemimpin dan tokoh yang mempertahanan
pengenalan tulisan Jawi termasuk beberapa tokoh bukan Melayu.
“Kita
ucap terima kasih kepada tokoh-tokoh, daripada Dr Mahathir (Mohamad)
sendiri, yang jelas mempertahankan tulisan Jawi,” katanya disambut
tepukan wakil-wakil lain.
“Jangan pernah berganjak, jangan pernah
berundur. Dan syabas kepada individu seperti Lim Kit Siang, yang mana
dengan beraninya mengeluarkan kata-kata seperti ‘kalau menulis atau
membaca dalam aksara Jawi, tak menjadikan saya kurang Cina’.
“Itu
satu kenyataan yang cukup kuat,” katanya yang kemudiannya turut memuji
tokoh lain seperti sasterawan Dr Lim Swee Tin dan Dr Teo Kok Seong atas
pendirian mereka dalam isu berkenaan.
Hari ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia mengeluarkan soalan lazim berkaitan pengenalan
tulisan Jawi untuk pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bagi
memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
Dong Jiao Zong sambut memo pertahan Jawi dengan puisi
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 07, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Hishamuddin Aun Tidak terhitung rasanya berapa kali seorang pemimpin Bersatu melontarkan cabaran supaya jadi ‘anak jantan’ terhadap i...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.