Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy hari ini
membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr
Maszlee Malik berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku
teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.
Tanpa menapis
kata-katanya, Ramasamy, berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa Dr
Mahathir mahu memaksa pembelajaran tulisan Jawi tanpa memahami
akibatnya ke atas masyarakat majmuk di Malaysia.
"Saya sukar untuk
mempercayai bahawa perdana menteri yang begitu moden dan mempunyai
matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju mahu memaksa
penguatkuasaan pelaksanaan khat tanpa memahami akibatnya dalam
masyarakat yang terbahagi dan pelbagai seperti di Malaysia,” tulisnya
dalam satu hantaran di Facebook.
Mengenai Maszlee pula, Ramasamy berkata, tidak ada gunanya bercakap mengenai menteri pendidikan itu.
"Tak
ada gunanya bercakap tentang menteri pendidikan yang bukan sahaja
merosakkan kemasukan matrikulasi tetapi telah menegur bukan Melayu
kerana tidak memberikan peluang yang sama kepada orang Melayu dalam
sektor swasta," kata Ramasamy.
Ramasamy yang juga adalah ahli jawatankuasa eksekutif (CEC) DAP turut menyindir Maszlee yang dianggap telah hilang kredibiliti.
Gambal fail - Dr Mahathir dan Dr Maszlee
“Setelah hilang kredibiliti dia begitu berani untuk mengatakan bahawa khat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Islam.
“Isu
di hadapan kita adalah kenapa kerajaan begitu bersemangat untuk
melaksanakan tulisan Jawi tanpa sebarang rundingan yang sewajarnya,”
katanya.
Menurut Ramasamy, cadangan memperkenalkan tulisan Jawi di
sekolah tanpa sebarang perundingan dengan pihak yang berkepentingan
boleh diibaratkan sebagai 'meletakkan pedati di hadapan kuda'.
"Sekiranya
langkah ini disepadukan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah semasa
pentabiran Barisan Nasional kenapa secara membuta tuli kini
dilaksanakan.
“Mengapakah dasar BN yang tidak betul telah diterima secara tidak kritikal?" soal Ramasamy.
Isu Jawi: Ramasamy bidas Dr Mahathir, Maszlee
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 06, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Hishamuddin Aun Tidak terhitung rasanya berapa kali seorang pemimpin Bersatu melontarkan cabaran supaya jadi ‘anak jantan’ terhadap i...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.