Jangan asyik berpolitik, dengarlah suara rakyat
KERAJAAN Pakatan Harapan perlu mengurangkan berpolitik tetapi lebih
banyak mendengar suara rakyat demi negara, kata bekas menteri Mustapa
Mohamed.
Mustapa yang menyertai Bersatu selepas keluar Umno, berkata sudah 15 bulan berlalu sejak PH mentadbir Putrajaya dan rakyat tidak sabar untuk melihat hasil pentadbiran lebih baik dan pantas.
“Kerajaan dengar suara rakyat tetapi sekarang mereka perlu dengar lebih. Ada perasaan yang ia tidak cukup mendengar. Saya pasti ia akan diselesaikan tidak lama lagi,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Ahli Parlimen Jeli itu juga menambah semua politikus kerajaan perlu mengurangkan berpolitik dan bekerja keras membentuk Malaysia yang lebih kuat.
Beliau turut mengakui, kelembapan ekonomi yang berlaku adalah hasil gabungan banyak perkara termasuklah pelan peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.
Bekas menteri itu bagaimanapun enggan mengulas isu rombakan Kabinet yang dilaporkan akan berlaku tidak lama lagi, berkata ia adalah kuasa dan hak perdana menteri.
“Itu hak PM,” katanya pendek ketika diminta mengulas sama ada beliau akan memasuki Jemaah Menteri.
Namanya disebut-sebut banyak pihak sebagai antara pemimpin yang bakal menyertai Kabinet sekiranya rombakan berlaku.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.