MB beri lembu korban; ketua bahagian jual, beli komputer
KUALA LUMPUR, — Bimbang ketua bahagian menjual lagi lembu
korban, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Tindakan itu diambil ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Bagan Datuk bagi mengelak Abdul Malik Karim mengambil tindakan sama tahun ini, lapor Malaysiakini.
“Kami mendapat maklumat tiga ekor lembu yang diberikan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu [tahun lalu] kepada
Malik telah diseleweng.
“Dua ekor lembu dijual oleh timbalan dan naib ketua bahagian PPBM Bagan Datuk dan mereka mengambil duit itu.
“Jumlah dua ekor itu dianggarkan dijual RM5,000 seekor. Hanya satu ekor lembu saja diagihkan ketua PPBM bahagian Bagan Datuk.
“Saya
juga salah seorang penduduk di Bagan Datuk terkilan dengan tindakan
tiga pemimpin itu yang melanggar hukum syariah Islam,” kata Bahaman
Tokiran.
Dalam pada itu, Malik mengakui dakwaan berkenaan dan wang hasil jualan lembu digunakan untuk membeli komputer.
Katanya, wang selebihnya digunakan bagi membayar bil pejabat PPBM Bagan Datuk yang baru memulakan operasi.
“Jadi bila jual lembu itu, duit diserah kembali kepada bendahari, jadi bendahari yang pergi beli komputer dan komputer itu masih ada di pejabat.
“Lembu dijual sekitar RM5,000 seekor, harga komputer RM3,000 lebih dan selebihnya bayar pejabat, bil elektrik, air.
“Kami tidak gunakan duit itu untuk tujuan peribadi,” katanya.
Tindakan itu diambil ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Bagan Datuk bagi mengelak Abdul Malik Karim mengambil tindakan sama tahun ini, lapor Malaysiakini.
“Dua ekor lembu dijual oleh timbalan dan naib ketua bahagian PPBM Bagan Datuk dan mereka mengambil duit itu.
Dalam pada itu, Malik mengakui dakwaan berkenaan dan wang hasil jualan lembu digunakan untuk membeli komputer.
Katanya, wang selebihnya digunakan bagi membayar bil pejabat PPBM Bagan Datuk yang baru memulakan operasi.
“Jadi bila jual lembu itu, duit diserah kembali kepada bendahari, jadi bendahari yang pergi beli komputer dan komputer itu masih ada di pejabat.
“Lembu dijual sekitar RM5,000 seekor, harga komputer RM3,000 lebih dan selebihnya bayar pejabat, bil elektrik, air.
“Kami tidak gunakan duit itu untuk tujuan peribadi,” katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.