PAS tak tembung Umno pada PRU15, kekal status quo kerusi menang
KOTA BARU, 8 Ogos — Tiada pertembungan PAS dan Umno pada pilihan raya
umum ke-15, kata setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
Dianggap antara persetujuan terbesar antara kedua-dua parti, beliau menegaskan status quo kerusi yang dimenangi kedua-dua parti dikekalkan, lapor Berita Harian.
Beliau berkata persetujuan itu turut merangkumi kerjasama
antara Barisan Nasional dengan Gagasan Sejahtera bagi menghadapi
pilihan raya umum kelak.
Mana-mana kerusi yang dimenangi oleh kedua-dua parti dalam PRU14 akan diteruskan [bertanding] oleh parti terbabit,” kata wakil rakyat Kota Baru.
“Kecuali
jika ada sebarang perundingan lain dan kita akan berbincang untuk
menentukan calon yang akan bertanding bagi kerusi yang tewas.”
Justeru, Takiyuddin berkata Umno bertanding 38 kerusi Parlimen manakala PAS mempertahan 18 kerusi yang dimenangi.
Dianggap antara persetujuan terbesar antara kedua-dua parti, beliau menegaskan status quo kerusi yang dimenangi kedua-dua parti dikekalkan, lapor Berita Harian.
Mana-mana kerusi yang dimenangi oleh kedua-dua parti dalam PRU14 akan diteruskan [bertanding] oleh parti terbabit,” kata wakil rakyat Kota Baru.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.