Pas-Umno tidak bela tanah rezab dan Kampung Tradisi Melayu
Pas
dan Umno harus menjawab isu berkaitan Tanah Rezab Melayu dan Kampung
Tradisi Melayu di Negeri Terengganu yang semakin lupus dan terancam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Pas dan Umno perlu memperjelaskan isu tersebut sebelum dua parti itu mahu memperhjuangkan isu Melayu.
“Mereka mesti terdahulu mencerminkan diri sendiri dan menjawab persoalan di negeri yang mereka telah memerintah secara bergilir sejak 62 tahun dahulu.
“Bukan hanya tanah rezab Melayu makin hilang di Terengganu, malahan kampung tradisi serta Warisan Melayu Terengganu juga makin pupus.
“Apakah usaha pejuang Melayu Islam dari Umno dan Pas selama ini selain dari hanya bercakap kosong memperjuangkan hak Melayu?
“Dengan kerjasama dan gabungan Umno-Pas yang telah berlaku kenapa nasib Tanah Rezab Melayu dan orang Melayu sendiri makin begitu menyedihkan?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, kini media melaporkan hanya 0.003 peratus tanah rezab Melayu di Terengganu yang masih tinggal berbanding 50 peratus sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.
Katanya Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu itu lagi, rakyat Terengganu hanya mengenali Pas dan Umno sejak 62 tahun yang lepas.
Bagaimanapun Kerajaan hanya bertukar tangan di antara dua parti tersebut di mana Pas ujarnya lagi, mendakwa memperjuangkan Islam sementara Umno kononnya pembela Melayu.
“Persoalan utama sekarang bagaimana negeri yang di dominasi oleh dua parti pejuang Islam dan Melayu dengan rakyat 97 peratus Melayu hanya tinggal 0.003 peratus tanah rezab Melayu?
“Lebih mengejutkan lagi ialah bahagian warisan bandar Kuala Terengganu yang paling menarik di pelihara adalah Kampung Cina, sementara kampung tradisi Melayu hampir tidak lagi wujud.
“Kampung tradisi Melayu Ladang dan Tanjung hampir habis di robohkan dengan tinggal hanya lebih kurang 20 peratus sahaja yang kekal. Kesemua bangunan tradisi klasik Melayu di bandaraya Kuala Terengganu telah dirobohkan.,” ujarnya Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.