Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengingatkan Naib Presiden Amanah
Mujahid Yusuf Rawa supaya tidak membazirkan masanya untuk membuat
“prejudgement” terhadap piagam Umno-PAS yang bakal dimeterai pada Sabtu
14 September ini.
Katanya, piagam Umno-PAS itu sebenarnya mahu membina sesuatu yang kental dan tulen untuk Malaysia
"Bukan
membina Harapan palsu. Semakin hari semakin ketara negara diperintah
oleh satu rejim "kakistocracy" (kerajaan atau pemerintahan yang tiada
harapan). Kerajaan yang songsang sifatnya.
"Tak usahlah ada pihak yang cuba meramal atau melakar apa yang kami mahu lakukan berdasarkan firasat yang serong.
“Sebagai
dua buah parti yang telah melalui pasang surut dan suka duka politik
tanah air, Umno dan PAS akan bergabung tenaga secara jujur lagi luhur
untuk membawa penyelesaian kepada aspirasi rakyat yang selama ini hampa
dan mengecewakan," katanya.
Annuar
berkata demikian dalam kenyataan medianya hari ini ketika mengulas
tulisan Mujahid yang didakwanya sebagai penuh dengan teka-teki dan cuba
meramalkan intipati piagam berkenaan.
"Meneliti tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa, membuatkan saya tertanya-tanya ‘igauan’ apa yang sedang beliau lalui.
"Lebih
menganehkan beliau semacam tidak dapat menyembunyikan niat serongnya,
apabila beliau cuba membuat “prejudgement” dengan memberi nilaian yang
negatif walaupun beliau sendiri ternyata tiada sebarang maklumat
mengenai apa itu piagam Umno-PAS.
“Keseluruhan tulisan beliau
tersasar jauh apabila cuba membandingkan HPU914 (Himpunan PAS-Umno Sep
14) dengan Majlis Pembentukan Pakatan Harapan (PH) 2019 di Shah Alam,”
katanya.
Menurut Annuar, tulisan Mujahid yang juga adalah menteri
di Jabatan Perdana Menteri jelas sekali “meraba-raba di dalam
kegelapan.”
"HPU914
bukan majlis pembentukan satu Gabungan Parti Alternatif yang
baru...belum lagi saudara YB Dr Mujahid. Harap saudara dapat bersabar
dan mengawal keresahan saudara," kata ahli parlimen Ketereh itu.
Piagam bersama Umno dan PAS bakal dimeterai pada 14 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Ia akan ditandatangani oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Susulannya, Mujahid berkata piagam itu hanyalah sebagai keperluan politik kesepakatan untuk kekal bersaing.
"Cuma
harapan saya ialah janganlah kedua-dua parti Melayu ini tertipu dengan
ilusi mahukan kuasa dan 'dendam' untuk jatuhkan kerajaan PH menjadi
motivasi, lalu memperjudikan nasib agama, bangsa dan negara dengan
taktikal politik perkauman dan agama sempit yang akhirnya menenggelamkan
bahtera kita semua," kata Mujahid dalam posting di Facebook pada 8
Septembe lalu.
Namun, Annuar membalas bahawa Umno dan PAS bukan parti berusia dua atau tiga tahun.
"Umno dan PAS juga bukan serpihan kecil yang
desperado mencari gabungan untuk hidup menerusi formula rapuh yang
menggadai prinsip, maruah dan harga diri sehingga sanggup bersekongkol,
membajai dan menyirami politik yang ternyata menyanggah kepentingan
agama, bangsa dan falsafah asas negara.
"Ia kini semakin jelas negara dan rakyat sedang diheret secara songsang menuju kehancuran," katany
'Piagam Umno-PAS bukan bagi bina Harapan palsu'
Reviewed by editorreformis
on
September 10, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Ahmad Musri Sejak qunut nazilah dibaca PN agar Kerajaan Perpaduan dihancurkan, dipecahkan, dihantar anjing², ini apa yang berlaku: 1....
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.