Ukhuwwah Menjana Ekonomi Ummah
Oleh Jamzuri Ardani
Masalah kita ialah kurangnya ukhuwwah. Kita suka berbalah dan membenci. Kita sukar mengurus perbezaan pendapat.
Berbeza fahaman politik dianggap bermusuh. Keluar parti dianggap pengkhianat. Lebih teruk dituduh 'munafik', 'musuh Islam' dan seumpamanya.

Berbeza manhaj atau
fahaman dalam isu agama terus dianggap sesat, menyeleweng, bid'ah, dan
pelbagai istilah yang merosakkan ukhuwwah.
'enta ahlul bid'ah', 'enta wahhabi'. 'dia tu syiah', ' ini kelompok Islam liberal', dan pelbagai label yang merosakkan ukhuwwah sesama kita.
Bila tiada ukhuwwah, anda akan rasa terasing. Anda akan rasa terancam. Anda rasa tidak selamat. Anda akan rasa terkepung.
Anda mula membina kota di sekeliling anda. Anda terperangkap dengan 'sieged mentality'.
Kita perlu betulkan perkara ini dulu. Kita perlu belajar hidup dengan damai dan harmoni. Hidup dengan kasih sayang. Penuh rahmat. Maaf memaafkan sesama kita. Hindari kebencian. Jauhi fitnah dan adu domba.
Bukankah ucapan pertama Nabi SAW ketika sampai di Madinah ialah, "sebarkan salam, berilah makan kepada fakir miskin, hubungkan silaturrahim, dirikanlah solat di waktu malam ketika manusia sedang tidur, dan nescaya kamu masuklah ke dalam syurga dengan penuh sejahtera". [HR Tirmidzi, Ibn Majah, dan Ahmad]
Saya percaya, kiranya kita mendamaikan, menjinakkan, memudahkan, dan memaafkan sesama kita, ukhuwwah kita akan lebih erat.
Bila ukhuwwah kita erat, kita tidak perlu pun buat 'Kempen BMF'. Kempen BMF itu sebenarnya hanya sebuah manifestasi kepada kegagalan ukhuwwah kita.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.