https://critoxium.com/shop/

Terkini

5 peminjam saman kerajaan, Pakatan dan PTPTN

LIMA peminjam tabung pendidikan memfailkan saman terhadap kerajaan kerana gagal mengotakan janji pilihan raya Pakatan Harapan mengenai pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam manifesto pilihan rayanya, PH berjanji menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Saman itu dikemukakan oleh Andry Putra Haris, 28; Farah Athirah Kamarozaman, 27; dan Mohamad Asrol Md Jailani, 26, dari Kuala Lumpur, serta Mohamad Muzakkir Mohamad Ali, 26, dan Mohammad Aswad Sobri, 34, dari Kedah.

Mereka menamakan PTPTN sebagai defendan pertama, manakala PH sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Saman dikemukakan melalui melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates.

Dalam saman itu, mereka mendakwa ketiga-tiga defendan mempunyai tanggungjawab kontrak untuk melaksanakan janji yang dibuat dalam manifesto menjelang pilihan raya umum yang lalu.

Mereka menyifatkan janji manifesto dalam Buku Harapan terikat kepada defendan setelah mendapat undi yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya.

Saman itu menuntut deklarasi mahkamah bahawa janji menjelang pilihan raya adalah satu kontrak yang mengikat parti politik yang menang.

Mereka juga memohon perintah mahkamah supaya defendan melaksanakan janji manifesto itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.