https://critoxium.com/shop/

Terkini

Krisis kewangan 97-98: BN hanya tolong taikun - Wong Chen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menasihati Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sewaktu krisis kewangan 1997-1998.

Mengimbas kembali krisis tersebut, beliau akui kerajaan BN gagal membantu rakyat sebaliknya, menolong mereka yang bergelar golongan korporat.
“Saya berumur 50 tahun dan masih ingat dengan jelas semasa krisis kewangan Asia yang melanda kita pada tahun 1997-1998. Habis duit kita. Boss saya, Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kena lebih teruk lagi, hilang jawatan dan masuk penjara pula.

“Kerajaan pada masa itu sibuk hanya menolong yang korporat. Saya masih ingat, beratus ribu hilang pekerjaan, tetapi golongan yang kaya sahaja yang ditolong.
“Walaupun harta mereka merosot 30 peratus, semua yang kaya pergi ke London tinggal dalam apartment mewah mereka untuk tunggu krisis kewangan pulih,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Tegasnya, sekiranya benar Malaysia berhadapan dengan krisis kewangan global, beliau mahu kerajaan Pakatan Harapan terus mementingkan rakyat dan bukannya korporat.

“Selepas beberapa tahun, kebanyakan gologan kaya ini beli balik aset mereka dengan harga yang murah. Itulah kehidupan, taikun di Malaysia sentiasa menang dan rakyat marhaen terus menanggung gaji yang rendah.

“PH perlu melakukan yang lebih baik daripada BN dalam perkara ini,” tegasnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.